PU Amin Takut Untuk Bergambar Lagi

Pencetus Ummah (PU) Amin dikhabarkan takut untuk bergambar lagi di majlis-majlis yang dihadiri selepas gambarnya bersama dua instafamous di majlis berbuka puasa viral dan menjadi kontroversi.

Pendakwah yang dilahirkan melalui program terbitan Astro Oasis berkata said pengalaman tersebut memberi pengajaran kepadanya dan juga pendakwah lain supaya berhati-hati untuk mengelak daripada tindakan yang boleh mencetuskan fitnah.

PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim memberitahu, selepas majlis kontroversi tersebut dia menerima banyak jemputan untuk berbuka puasa tetapi dia takut untuk pergi.

“Saya jadi takut nak ambil bergambar, sebab itu saya pakai topeng muka, selain menjaga SOP dan juga menjaga diri saya daripada terpalit dengan masalah lagi.”

Amin menambah yang pendakwah selalu dijemput oleh pelbagai pihak untuk menghadiri majlis pelancaran produk dan sebagainya tetapi mereka juga sering menjadi mangsa kritikan netizen di media sosial.

Dia berkata, “Banyak pihak menjemput pendakwah menghadiri majlis tetapi selalunya menyebabkan akibat kurang baik. Jadi, kami perlu berhati-hati dengan setiap jemputan yang diterima.”

Pada bulan Ramadan lalu, Amin dilanda kontroversi apabila gambarnya dengan seorang wanita dan seorang lagi dipercayai transgender di satu majlis pelancaran produk kecantikan tersebar.

Pengguna internet menyelar instafamous Nadira Isaac dan Hertonnye Linggom yang berpakaian seksi dan tidak sesuai untuk bulan Ramadan.

Netizen menuduh Nadira menggunakan pendakwah tersebut dan sengaja bergambar dengan aksi menjolok mata sebagai publisiti untuk mempromosikan produk terbaru syarikatnya.

Amin, yang dijemput Nadira untuk membaca doa dan tazkirah juga dikecam netizen kerana bergambar dengan wanita bukan muhrim dan tidak menutup aurat.

Ekoran kontroversi tersebut, Nadira meminta maaf kepada  Amin dan netizen sebelum memadamkan gambar tersebut, seperti yang diminta Amin. Menurut Amin, dia tidak lagi berhubung dengan usahawan berumu 20 tahun selepas majlis tersebut.