7 Fakta Menarik Tentang Kondom

Kondom adalah alat pencegah kehamilan yang paling banyak digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Mari kita jenguk 7 fakta menarik tentang kondom.

1.Bila kondom mula digunakan?

Kondom telah mula digunakan sejak 15,000 tahun yang lalu. Kondom paling tua diperbuat daripada usus babi dan telah dijumpai di Sweden.

 

2.Kondom tidak mencegah penyakit kelamin dan kehamilan 100%

Dilaporkan hanya hanya 97% tahap peratusan bagi keberkesanan kondom dalam mencegah STD dan kehamilan. Namun ia merupakan peratusan tertinggi di antara kaedah pencegah yang ada. Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti penggunaan yang salah dan kondom yang sudah luput. Kondom berkesan untuk mencegah STD, penyakit HIV dan kehamilan jadi, penggunaan kondom penting ketika melakukan hubungan seksual untuk melindungi kesihatan diri dan pasangan. Jika terdapat alahan selepas menggunakan kondom, haruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

 

3.Negara pengeluar dan pengguna kondom terbesar di dunia?

Malaysia merupakan negara yang mempunyai kilang pengeluar kondom terbesar, yang membekalkan 25% pasaran dunia. Sementara itu, Amerika Syarikat merupakan negara pengguna kondom terbesar di dunia.

 

4.Bagaimana kondom dihasilkan?

Secara umumnya, sejak tahun 1920, kondom dihasilkan daripada lateks dan mula dijual oleh London Rubber Company, lebih dikenali sebagai Durex, pada tahun 1932. Walau bagaimanapun, sebelum penggunaan lateks, banyak bahan material berbeza seperti usus haiwan atau sutera digunakan. Kulit juga digunakan dalam penghasilan kondom di Jepun.

 

5.Berapa jenis kondom Di Pasaran?

Terdapat beberapa jenis kondom:

  • Kondom biasa

Mempunyai saiz biasa dan boleh digunakan oleh setiap individu walau bagaimanapun, ia tidak boleh memberikan keselesaan yang sama seperti penggunaan kondom yang lebih besar atau kecil.

  • Kondom kecil

Direka untuk zakar yang lebih pendek atau kecil dan jenis ini memberikan rasa yang lebih baik serta mengurangkan risiko kondom dari tertanggal ketika digunakan.

  • Kondom besar

Merupakan kondom yang besar daripada biasa dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia juga direka untuk memberikan lebih keselesaan.

  • Kondom menyeronokkan

Yang ditambah warna, perisa dan bersinar dalam gelap, untuk menjadikan hubungan seksual lebih menarik. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menyebabkan alahan kepada lelaki mahupun wanita.

  • Kondom nipis

Lebih nipis daripada kondom biasa untuk memberikan lebih sensitiviti kepada pengguna dan pasangan.

 

6.Adakah kondom hanya untuk lelaki?

Selain kondom untuk lelaki yang digunakan secara meluas, terdapat juga kondom untuk wanita. Ia adalah kantung dan mempunyai cincin fleksibel di setiap hujungnya. Kondom untuk wanita digunakan dengan cara memasukkan ke dalam faraj sebelum melakukan hubungan seksual. Ketika hubungan seksual dilakukan, cincin terbuka pada bahagian luar faraj dan cincin pada bahagian hujung akan memegang kantung di dalam faraj. Dengan menghalang sperma daripada memasuki faraj, ia sekali gus menolak kemungkinan kehamilan untuk berlaku.

 

7.Cara menyimpan kondom yang betul

Ramai lelaki menyimpan kondom di dalam poket seluar atau dompet dan ia mungkin menjejaskan kualiti kondom. Kondom perlu disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Selain itu, tarikh luput kondom juga harus sentiasa diperiksa sebelum digunakan. Kondom yang telah tamat tempoh tidak dapat mencegah kehamilan dengan berkesan.