Penyanyi Lelaki Indonesia Disahkan Positif Hamil!

Industri hiburan Indonesia kecoh dan gempar dengan berita seorang penyanyi dangdut bernama Lucinta Luna mengaku dirinya hamil selepas alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif.

Penyanyi lelaki yang mengaku sudah menukar jantina itu pernah berduet dengan Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana ini menimbulkan persoalan banyak pihak yang meragui tentang pengakuannya kini berbadan dua.

Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah ini turut mendakwa kerap muntah-muntah dan lewat datang bulan. Dalam video yang dimuatnaik, Lucinta membuat aksi loya sehingga muntah.

Kemudiannya dia melakukan ujian kehamilan yang menunjukkannya positif hamil. Lucinta yang dikhabarkan bercinta dengan seorang lelaki Inggeri, mendesak kekasihnya agar bertanggungjawab di atas kehamilan itu.

Ekoran pengumuman tersebut, akaun instagram Lucinta dibanjiri komen negatif dari netizen dan rakan artis. Ada yang mengatakan Lucinta sebenarnya positif C.o.v.i.d dan positif gila.

Topik tersebut turut mendapat perhatian seorang doktor dengan akaun TikTok @badassdoctor yang memberitahu ujian kehamilan itu boleh mengesan hormon dalam badan wanita dan lelaki.

“Selamat atas kehamilannya. Sebenarnya test pack positif itu ada hubungannya dengan kenaikan hormon Beta-HCG, di mana hormon Beta-HCG juga boleh dikesan pada lelaki terutama yang mengalami beberapa penyakit, salah satunya kanser testis.

“Kepada lelaki yang mahu cuba buat ujian kehamilan dan hasilnya positif, perlu hati-hati dan tidak perlu teruja.”