10 Kerjaya Baru Pasca Wabak Kobido Sembilan Belas

Wabak dunia k.o.b.i.d.o. sembilan belas tidak setakat mengubah kegiatan harian penduduk antarabangsa, malah turut mengubah corak kerjaya manusia hampir secara keseluruhan.

 

Sebelum ini, istilah bekerja dari rumah (BDR) atau work from home (WFH) mungkin tidak begitu dikenali sehingga munculnya wabak pembunuh virus SARS-CoV-2.

 

Dengan adanya pelbagai teknologi terkini, tugas-tugas yang dahulunya hanya boleh dilakukan di tempat kerja kini telah dapat dilakukan bukan sahaja di rumah, malah di mana-mana sahaja kita berada.

 

Memetik laporan World Economic Forum, berikut adalah 10 kerjaya yang bakal menjadi pilihan utama orang ramai pada fasa pasca k.o.b.i.do. sembilan belas.

 

1.Pemudahcara

Sebelum tahun 2020, dianggarkan kurang daripada lima peratus individu yang bekerja dari rumah. Namun kini, ekoran penularan pandemik itu, trend tersebut berubah sehinggakan kerjaya ini dilihat bakal menjadi rebutan utama rakyat dunia.

 

2.Pereka hiasan dalaman

Memandangkan pergerakan orang ramai kini terhad, apatah lagi memikirkan mengenai percutian dan terpaksa menghabiskan sebahagian besar dari masa terluang di rumah. Orang ramai kini sanggup mengeluarkan kos tinggi bagi menjadikan rumah mereka bak ‘istana’. Justeru individu yang dicari tentukan pereka hiasan dalaman.

 

3.Perundingan kecergasan

Tempoh lockdown yang berpanjang dan tiada kesudahannya, menyebabkan ramai berdepan dengan masalah berat badan. Manakan tidak, aktiviti seperti hiking dan sukan secara berkumpulan tidak dibenarkan. Maka, sebagai langkah pintas, orang ramai sanggup membayar perunding kecergasan yang mana pemantauan boleh dijalankan secara dalam talian sahaja. Mudahkan? Malah Indeks Pekerjaan Cognizant of the Future (CJoF) mendapati, jumlah mereka yang menceburi kerjaya itu meningkat kira-kira 28.7 peratus pada suku pertama tahun ini.

 

4.Arkitek tidewater

Perubahan iklim menyebabkan kenaikan permukaan air laut. Menyedarinya, projek-projek berskala besar muncul sejak kebelakangan ini dan menjadi antara kerjaya paling popular abad ke-21.

Malah indeks CJoF turut mendedahkan permintaan untuk kerjaya ini meningkat sehingga 37 peratus pada suku tahun pertama tahun ini.

 

5.Arkitek tempat kerja

Arkitek kini mungkin akan lebih futuristik memikirkan persekitaran tempat kerja yang kini lebih menekankan konsep WFH.

Maka bangunan atau pejabat tempat kerja kini barangkali memerlukan pengubahsuaian berskala besar.

 

6.Detektif Data

Ia adalah satu kerjaya yang berkembang pesak sejak pandemik ini. Kerjaya ini menyaksikan peningkatan kira-kira 42 peratus pada suku tahun pertama tahun ini. Di samping itu, mereka juga membantu syarikat dalam menyiasat data besar.

 

7.Pakar Peramal Siber

Menyedari pelbagai bentuk serangan siber, permintaan terhadap kerjaya itu meningkat sehingga 28 peratus pada suku pertama tahun ini.

Kerjaya ini penting dalam membuat ramalan terutamanya kepada syarikat untuk mengatur keupayaan pengoperasian.

 

8.Juruteknik robot

Peningkatan ke atas penggunaan robot menggantikan manusia di tempat kerja menyebabkan permintaan terhadap kerjaya ini meningkat sehingga 50 peratus pada suku pertama tahun ini. Bayangkan permintaan kerjaya ini pada masa-masa yang akan datang.

 

9.Editor algoritma

Gaya hidup bersandarkan norma baharu yang sebahagian besar kerja atau pembelajaraan bermodulkan secara dalam talian, jadi kerjaya ini difikirkan amat relevan dalam memfokuskan usaha untuk memahami algoritma di media sosial. Antara fokus algoritma adalah untuk komuniti pada tahun depan di samping memperluaskan jaringan tersendiri.

 

10.Kaunselor program XR Immersive

Dengan menggunakan teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Luasan (AR), program XR Immersive kini semakin mendapat perhatian majikan untuk menjadikan pekerja mereka lebih produktif.