Ujian Mudah Di Rumah Bantu Kesan Risiko Sakit Jantung

Anda mahu membuat pemeriksaan jantung sendiri? Kini anda boleh mengesan sendiri jika anda terdedah kepada risiko sakit jantung sebelum mendapatkan penilaian seterusnya di fasiliti kesihatan.

 

Menurut laporan akhbar The Sun, sekumpulan doktor fakulti perubatan Universiti Yale menemui kaedah pemeriksaan kendiri yang boleh dilakukan oleh individu bagi mengetahui risiko masalah jantung dengan menggunakan ujian ibu jari.

 

Bagi menjalankan ujian mudah tersebut, individu hanya perlu menggunakan sebelah tangan dan membuka tapak tangan dalam keadaan rata. Seterusnya, letakkan ibu jari di sepanjang tapak tangan sejauh yang mungkin.

 

 

Individu tersebut berisiko menghidap aneurisme (arteri tersumbat) tersembunyi jika ibu jari mereka boleh melepasi hingga ke luar kawasan tapak tangan.

 

Keadaan ini berlaku kerana kemampuan seseorang untuk menggerakkan ibu jarinya melepasi kawasan tapak tangan adalah petunjuk terdapat masalah pada sambungan sendi tubuhnya.

 

Ia merupakan antara tanda penyakit tisu yang menghubungkan sendi di seluruh badan termasuk aorta, iaitu arteri terbesar dalam badan yang mengalir dari jantung ke perut.

 

Ujian tersebut telah dijalankan ke atas 305 individu dan penyelidik menerbitkan hasil kajian mereka dalam Jurnal Kardiologi Amerika Syarikat.

 

Menurut penulis kanan jurnal tersebut, Dr. John A. Elefteriades, “Kajian ini menunjukkan bahawa majoriti pesakit aneurisme tidak memberikan keputusan positif dalam ujian ibu jari-tapak tangan. Namun, pesakit yang positif ujian tersebut berkemungkinan tinggi mengalami aneurisme,”