Khairuddin Nafi Kahwini Mawar Karim, Ditahan Bersama Di SJR

Satu mesej whatsapp telah tular berkenaan dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, yang ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Perasing, Terengganu semalam (27 Mei 2021).

 

Lebih mengejutkan, dalam mesej tersebut ditulis tentang dakwaan seorang selebriti wanita yang dikenali ramai turut berada sama dalam kenderaan tersebut.

 

Mawar Abd Karim, ahli perniagaan wanita yang terkenal dengan jenama tudung Fareeda dan pernah berkahwin dengan pelakon popular Fizo Omar, didakwa dilihat berada  di dalam kenderaan Ahli Parlimen Kuala Nerus tersebut.

 

 

Ekoran mesej yang tular, Khairuddin yang juga Ahli Parlimen dari PAS tampil menjawab dakwaan tersebut:-

 

KENYATAAN MEDIA

 

  1. Saya akan membuat laporan polis esok, 28 Mei 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung beberapa dakwaan mengenai diri saya yang telah tular di media sosial hari ini.

 

  1. Secara ringkasnya saya;

 

(1) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman hari ini.

 

(2) MENAFIKAN ditahan di SJR di Perasing, Kemaman bersama seorang wanita yang didakwa sebagai Mawar Abdul Karim.

 

(3) MENAFIKAN berkahwin dengan Mawar Abdul Karim.

 

  1. Saya akan keluarkan kenyataan penuh esok sejurus selesai membuat laporan Polis.

Sekian, terima kasih.

 

YB DATO’ DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

 

Artikel Menarik : Nora Bakal Berkahwin Dengan Anuar Musa?