Dari Mahkamah – Derita Imam Beristerikan Lesbian

Biasanya kita didedahkan dengan cerita perceraian atas alasan suami seorang homosexual / gay. Jarang kita dengar orang buka cerita berlakunya perceraian kerana isteri bernafsu songsang. Lesbianlah mudah bahasa.

 

Jadi tidak berlakukah kes melibatkan isteri lesbian di Mahkamah Syariah?

BERLAKU.

BANYAK.

 

Cuma tak dihebahkan sebagaimana yang menimpa kaum Hawa apabila ‘kantoi’ pasangan mereka seorang gay bernafsu gila.

 

Benda berlaku sendiri kepada seorang kenalan pengajian saya di Timur Tengah. Sebelum tu saya maklum dahulu, cerita ini telahpun mendapat izin untuk dikongsikan sebagai pengajaran kepada masyarakat.

.

Selepas dua tahun menamatkan pengajian, kenalan saya sambung pula pengajian di peringkat Master sambil kerja part-time sebagai Imam di salah sebuah masjid kariah di Kuala Lumpur. Dipendekkan cerita, berkenanlah seorang Pakcik ini untuk bermenantukan beliau, lalu dikahwinkan dengan anak perempuannya yang juga lepasan bidang agama di salah sebuah universiti tempatan. (Highlight : kisah sebenar).

 

Isteri letakkan syarat pertama, lepas kahwin mesti tinggal di rumah keluarganya, mudah nanti segala kelengkapan sudah ada. Rakan saya sekadar bersetuju kerana mentua sendiri galakkan begitu.

 

Syarat kedua, tidak boleh lakukan hubungan kelamin sehingga isteri tamat Master, nanti pelajaran terganggu. Bila kira semula tempoh hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi, rakan saya setuju sahaja tidak mahu bergaduh asalkan tidur sebilik.

 

Masalah mula tercetus apabila sudah tamat Master sekalipun isteri masih lagi tidak membenarkan suami untuk bermesra dengannya apatah lagi melakukan hubungan kelamin. Apabila suami minta alasan dia hanya kata masih muda ataupun terus gunakan tiket, “jangan sampai saya mengadu dekat mak ayah saya.”

 

Puas rakan saya berdoa, minta petunjuk daripada ALLAH apa yang tidak kena dengan rumahtangga mereka. Nak mengadu kepada orang luar pun segan hal dalam kelambu,kan?

 

Suatu hari, laptop suami rosak jadi dia fikir takpalah kot guna sebentar laptop isteri, sekadar hendak download beberapa documents sahaja di email. Dia pun bukalah laptop tu, ok tiada password. Lega.

Selesai kerja yang patut, dia nak delete semula documents di folder ‘download’ tadi, lalu terpandanglah beberapa folder gambar yang lain dalam laptop tu menyebabkan dia sedikit curious.  Dia pun terfikir, tak salah kot buka gambar-gambar isteri sendiri.

 

Berderau darah dia apabila dalam salah satu folders yang ada, penuh gambar dan video mesra isterinya sendiri dengan seorang wanita dalam keadaan separuh bogel bahkan tidak berpakaian langsung. Ada juga beberapa screenshot mesej luahan perasaan kasih sayang antara kedua-dua pasangan tersebut pada tahun 2019.

 

Memang jadi gaduhlah suami isteri apabila gambar-gambar begitu dibangkitkan sebagai punca tiada hubungan kelamin sepanjang tempoh perkahwinan yang singkat ini. Kenapa tidak jujur dari awal?

 

Apabila diadukan kepada ibu bapa mentua, rupanya mereka sendiri sudah tahu tapi masih lagi letakkan kesalahan di atas bahu suami atas alasan, “kalau kamu ustaz tak boleh bimbing isteri ke jalan yang betul, malu lah.” Habis satu keluarga mentua ugut beliau akan hilang kerjaya kalau isu rumahtangga ini sampai ke pengetahuan pihak luar kerana mentuanya orang pangkat besar.

Akhirnya, isteri dia failkan cerai di Mahkamah Syariah tapi atas alasan :-

– Suami panas baran

– Suami tidak sediakan tempat tinggal

– rumahtangga tidak harmoni

 

Kita yang baca saman daripada isteri dia pun sama naik geram tengok level playing victim dia tu. Belum ditambah drama keluarga mentua daripada status orang kenamaan yang burukkan nama menantu ustaz, hanya untuk tutup aib anak kandung sendiri. Shameful.

 

_______________________________

Cut story, kadang-kadang family pasangan kita sudah sedar ataupun nampak kecenderungan anak-anak mereka kepada LGBT ni sama ada daripada cara pergaulan ataupun terkantoi sendiri anak ada masalah nafsu songsang.

 

Malang apabila keluarga rahsiakan perkara sebenar daripada pengetahuan bakal menantu dan anggap perkahwinan boleh selamatkan anak mereka daripada terus sesat.

 

Kalau kita sebagai darah daging pun tak mampu bendung anak-anak kita daripada terjebak dengan LGBT, kenapa harapkan orang luar perbetulkan kemudian letakkan kesalahan. Jangan zalimi cinta suci orang lain yang betul-betul mengharapkan keberkatan dalam rumahtangga.

 

Plus penyakit nafsu songsang ni tidak akan sembuh secara tiba-tiba melainkan mereka sendiri pilih untuk bertaubat, berubah dan tinggalkan circle songsang mereka yang memang akan kerap kali pujuk untuk stay dalam kelompok tu.

 

Tak mudah, sebab penangan janji manis golongan homosexual dan lesbian ni gajah pun boleh terbang, kita rasa aman tenteram dan selamat dengan janji-janji manis (baca neraka) daripada mereka.

 

Kasihan pasangan, ada yang beberapa bulan kahwin baru tahu pasangan bernafsu gila begini baik lelaki ataupun perempuan. Jika tiada anak lagi takpa, mudahlah hendak berpisah sekalipun. Ini kes di Mahkamah, anak 5-6 orang tiba-tiba plot twist mak ayah hendak bercerai sebab bernafsu songsang.

 

وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوۡجَیۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰ

Bermaksud : Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. _ Surah an-Najm ayat 45.

 

Anyway,

I tak paham hak apa yang geng-geng LGBT ni nak daripada agama, kerajaan dan negara bangsa? Mereka bukan tidak tahu perkara tu salah tapi tetap menegakkan benang yang basah. Tah pape. Jelas kot, kesan penyakit LGBT ni lagi bahaya daripada H1N1 dan coronavirus. Effect dia habis rosak nama keturunan dan Maqosid Syariah. Kembalilah ke pangkal jalan. Moga Allah jaga nasab keturunan kita daripada penyakit-penyakit akhir zaman ni. Ameen ya Mujib.

 

Peguam Syarie : Wali Azri & Associates