AS Pengecut, Tinggalkan Afghanistan Tanpa Notis

Tentera Amerika Syarikat meninggalkan Pangkalan Udara Bagram secara diam-diam pada Isnin (5 Julai) tanpa memberi notis kepada Afghanistan. Bagram merupakan pangkalan udara utama Amerika Syarikat di Afghanistan selama 20 tahun.

 

Komander baharu di pangkalan udara Bagram, Jeneral Asadullah Kohistani memberitahu, tentera

Amerika meninggalkan Bagram sebelum jam 5 pagi waktu tempatan. Katanya, tentera Afghanistan hanya mengetahui perkara itu beberapa jam kemudian.

 

Menurut Kohistani, dengan ketiadaan tentera Amerika, pasukan Afghanistan menjangkakan Taliban akan menyerang Bagram pada bila-bila masa.

 

Selain menjadi pangkalan udara, Bagram juga menempatkan penjara dengan lebih 5,000 tahanan Taliban sudah dibebaskan dan meninggalkan lokasi itu.

 

Taliban dikatakan mara dengan pantas di Afghanistan berikutan pengunduran tentera Amerika dari negara itu.

 

Pada Jumaat, Amerika mengumumkan untuk mengosongkan Bagram, berkuat kuasa selepas kempen di Afghanistan selesai di mana tarikh rasmi pengunduran mereka ialah 11 September sebagaimana diumumkan Presiden Joe Biden.

 

Pengunduran tentera Amerika Syarikat di Afghanistan kini di tahap 90 peratus selesai.

 

Sementara itu, Kohistani berkata, tentera Amerika meninggalkan 3.5 juta barangan termasuk berpuluh ribu botol air, minuman tenaga dan makanan segera.

 

Malah mereka juga meninggalkan beribu-ribu kenderaan awam tetapi tanpa kunci dan beratus-ratus kenderaan berperisai.

 

Mereka turut mengambil senjata berat dan meletupkan bekalan senjata api tetapi meninggalkan bahan letupan kepada Afghanistan.

 

Dalam pada itu, Pentagon menafikan mereka meninggalkan Pangkalan Udara Bagram tanpa memberi notis kepada pasukan Afghanistan.

 

Jurucakap Pentagon John Kirby berkata, terdapat koordinasi di antara pemimpin Afghanistan dan pasukan keselamatan negara berkenaan berhubung rancangan Washington meninggalkan pangkalan udara tersebut.