Hubungan Intim Yang Kerap Tingkatkan Imuniti Badan

Seorang ahli psikologi dan pakar terapi seks dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kekerapan melakukan hubungan intim mampu meningkatkan tahap imuniti badan seseorang.

 

Pakar tersebut, Shanon Chavez berkata hubungan intim yang dilakukan sekurang-kurangnya dua kali seminggu meningkatkan antibodi immunoglobulin A (IgA) yang terdapat dalam mukus atau cecair di mulut, hidung dan bahagian sulit lebih tinggi.

 

“Secara dasarnya IgA mampu melawan virus dan meningkatkan kekebalan tubuh badan anda. Pasangan suami isteri yang rajin melakukan hubungan intim mampu meningkatkan penghasilan mukus itu sebanyak 30 peratus berbanding biasa.

 

Menurut Chavez, hubungan seksual secara teratur juga baik untuk menambah daik degupan jantung, tekanan dan edaran darah. Ini semua proses menjaga tubuh badan anda agar kekal sihat, melepaskan tekanan dan ketegangan dalam badan.

 

Hal sama disokong oleh pakar seksologi dari Indonesia, Dr. Boyke Dyan Nugraha yang memberitahu hubungan intim mampu merembeskan endorfin iaitu enzim yang mencetuskan rasa gembira.

 

“Aktiviti seks sihat mampu mengurangkan stress dan membantu memastikan kecergasan tubuh badan terutama dalam musim pandemik seperti sekarang.

 

“Apa yang penting, kedua-dua pasangan perlu sentiasa menjaga kebersihan dan memastikan diri masing-masing bebas jangkitan terlebih dahulu,”ujar Nugraha.