Adham Baba Tak Sengaja Terpromosi Ubat Kuat!

Oppss, gara-gara salah sebut, satu video yang memaparkan Menteri Kesihatan, Adham Baba sedang memberi ucapan tular di media sosial.

 

Dalam rakaman video selama 35 saat itu, menunjukkan Adham Baba berdiri di belakang podium yang berlogokan Universiti Pertanian Malaysia.

 

Berdasarkan video itu, beliau mungkin sedang memberi penerangan mengenai wabak Spanish flu (selsema Sepanyol) yang pernah melanda dunia pada tahun 1918.

 

Menurut sumber Wikipedia, Pandemik selesema 1918 (biasanya disebut Selesema Sepanyol) merupakan pandemik influenza kategori 5 yang bermula di Amerika Syarikat, muncul di Afrika Barat dan Perancis, lalu tersebar hampir ke seluruh dunia.

 

 

Selsema Sepanyol terjadi dari Februari 1918 hingga April 1920,[1] dan tersebar sehingga ke Artik dan kepulauan Pasifik. Diperkirakan 50 hingga 100 juta orang di seluruh dunia terkorban, menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia

 

Wabak yang dilaporkan pada Mac 1918 hingga Disember 1920 dengan mula dikesan di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa kawasan Asia sebelum mula merebak ke seluruh dunia.

 

Malaysia juga tidak terkecuali daripada pandemik tersebut dan dianggarkan kira-kira 35,000 orang telah meninggal dunia hanya di Semenanjung Tanah Melayu disebabkan selsema itu.

 

Sepatutnya Adham Baba menyebut Spanish flu, tetapi dia menyebutnya sebagai Spanish fly. Kesilapan sebutan itu mendapat perhatian pengguna media sosial, sehingga ramai yang membuat carian di internet tentang Spanish fly pula.

 

Hasil carian warganet Malaysia yang berdedikasi, mendapati nama Spanish fly digunakan untuk produk meningkatkan daya ransangan seks lelaki atau ubat kuat untuk lelaki.

 

Video yang viral itu mendapat kritikan dan ulasan daripada pengguna media sosial dan juga akhbar-akhbar tempatan serta luar negara.

 

Ramai yang menyifatkan kesilapan istilah tersebut adalah memalukan dan tidak patut berlaku kepada seorang Menteri Kesihatan yang juga pernah menjadi doktor perubatan dalam bidang kesihatan.

 

Sebelum ini, Adham Baba mencetuskan kontroversi apabila memberi petua minum air suam untuk menghalang jangkitan Covid 19. Manakala baru-baru ini isterinya juga mencetuskan kontroversi apabila menerima kenaikan pangkat sebanyak 3 kali dalam tempoh setahun.