Caprice Bakal Dedahkan “Sesuatu” 21 Julai Ini

Ramai yang teruja serta tidak sabar menanti ‘pendedahan’ yang bakal dilakukan penyanyi rap dan usahawan yang dikenali sebagai Caprice pada 21 Julai ini.

 

Difahamkan, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli akan membuat sesuatu pendedahan menerusi siaran langsung di laman Instagramnya pada pukul 5 petang waktu Gaza, Palestin atau 10 malam waktu Malaysia.

 

Tinjauan wartawaan di laman Instagram penyanyi itu mendapati, rata-rata pengguna mahu Caprice mendedahkan ‘perkara’ sebenar yang telah berlaku di Gaza sehingga mencetuskan kontroversi antara dia dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

 

Pada masa sama, pengguna Instagram mahu dia membongkarkan semua yang telah berlaku di sana jika penyanyi itu berada di pihak yang benar.

 

“Sungguh aku sanggup mendengar sesuatu yang benar lagi jujur daripada penipuan yang berpanjangan, biar Allah melaknat mereka yang tidak jujur sebagai pemimpin,” tulis aziz.osman93 di ruangan komen.

 

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai muhammadfakrulrazi.

 

“Tolong kongsi kebenarannya, apapun yang terjadi kami di belakang anda Caprice. Lebih baik di pihak yang membuktikan kebenaran yang dipandang hina, daripada berselindung di sebalik kehinaan yang dianggap mulia,” katanya.

 

Pada masa sama, ada juga yang menyoal tindakan penyanyi itu yang tidak mendedahkan terus perkara itu dan kenapa perlu menunggu sehingga Rabu ini.

 

“Nak dedah itu, dedahlah sekarang, ini siap bagi tarikh dan masa. Tak ke risau pihak lawan akan ‘block’ live dan lakukan sesuatu untuk mengagalkan ‘rancangan’ itu. Nanti tak sempat nak bongkar apa pun tak dapat,” tulis youngliving.fikarazip pada ruangan komen.