Ustaz & Money Laundering

Jika sebelum ini ada agamawan bergelar ustaz terpalit dengan skandal peribadi seperti jenayah seks dan kegiatan tidak bermoral, kini heboh pula dengan kontroversi yang melibatkan agamawan bergelar ‘ustaz’ dan dakwaan-dakwaan berkaitan dengan isu sumbangan derma, status kewangan peribadi dan NGO.

Berikut tulisan seorang peguam bernama Tuan Ahmad Jailani Abdul Ghani yang juga berpengalaman luas dalam bidang kewangan dan jenayah melibatkan kewangan.

  1. Golongan agamawan sering kali “dihimpit” oleh golongan hartawan atas pelbagai sebab yang berbeza.

 

  1. Seringkali mungkin kerana ingin berbuat baik. Apabila berkawan dengan asatizah senang untuk bertanya soalan, rujuk pelbagai kemusykilan, mengambil bahagian dalam aktiviti kebaikan seperti pengajian agama, bantuan kemanusiaan dan sebagainya. Pengalaman saya sendiri, golongan elit ini akan bercerita bagaimana penyesalan mereka berkaitan kesilapan tertentu yang pernah mereka lakukan. Bagusnya mereka ingin bertaubat kepada Allah SWT.

 

  1. Namun, terdapat satu lagi kemungkinan yang ramai asatizah mungkin tidak menyedarinya yang saya rasa perlu untuk saya berikan penjelasan iaitu “money laundering”.

 

  1. Apa itu money laundering? Bahasa mudahnya adalah “cuci duit”. Kenapa cuci duit? Duit yang hendak dicuci itu adalah duit dari sumber jenayah atau bertentangan dengan undang-undang yang ingin “dibersihkan” oleh golongan tertentu agar ia nampak “bersih” dengan cara melakukan transaksi tertentu.

 

  1. Saya mendapat pendedahan serba sedikit berkenaan dengan “money laundering” sekitar awal tahun 2000 sewaktu Anti Money Laundering Act (AMLA) diluluskan di Malaysia pada tahun 2001. Saya berpengalaman mengendalikan kes-kes perbankan di mahkamah. Seterusnya terdapat beberapa sesi berkaitan AMLA sewaktu saya menyambung pengajian Masters (LLM Banking Law) di UIAM sekitar tahun 2004 & 2005.

 

  1. Para asatizah perlu berhati-hati jika ada seseorang ingin menumpang akaun bank atau “parking sekejap” duit mereka. Para asatizah boleh menjadi “potential victim” kerana golongan agama sering dilihat sebagai “baik” dan “lurus”. Pada masa yang sama tidak mustahil golongan agama juga boleh menjadi rakan subahat / rakan jenayah.

 

  1. Kebiasaannya seseorang itu boleh disyaki terlibat dengan “money laundering” melalui tanda-tanda awal berikut:-
  2. a) kekayaan / kemewahan yang luar biasa. Penjelasan yang diberikan berkaitan sumber kekayaan itu tidak meyakinkan.
  3. b) sangat berahsia tentang aktiviti perniagaan atau sumber pendapatan sehingga menimbulkan tanda tanya atau timbul rasa pelik.
  4. c) seseorang mendekati anda dan ingin “menumpang” akaun bank anda. Dia memasukkan sejumlah wang yang besar dan dalam tempoh yang sekejap, keluarkan duit itu semula. Sebagai balasan, dia mungkin akan memotong sedikit daripada wang tersebut untuk ditinggalkan dalam akaun anda sebagai “token”.
  5. d) mewujudkan beberapa perniagaan “dummy”. Kedai nampak gah, tetapi sepi tiada pelanggan namun mampu bertahan. Perniagaan seperti ini hanyalah “wayang” untuk mengaburi pihak berkuasa bagi membolehkan mereka yang terlibat dengan money laundering menggunakan alasan “perniagaan” tersebut sebagai sumber pendapatan mereka. Walhal sebenarnya bukan.
  6. e) Para asatizah / pendakwah berpotensi menjadi “sasaran” kerana mereka mengendalikan tabung untuk madrasah, pertubuhan, yayasan etc yang seringkali menerima wang yang kerap dan banyak dalam sesuatu masa. Ini memudahkan pihak penjenayah untuk mengaburi pihak berkuasa.
  7. f) Para penjenayah ini biasanya boleh dikenali menerusi latar belakang mereka yang meragukan dan motif yg tidak baik. Mereka akan berdolak dalih untuk tidak mendedahkan transaksi sebenar mereka. Mereka juga biasanya keberatan transaksi mereka diperiksa oleh pihak berkuasa. Dokumen yang mereka miliki juga meragukan atau menimbulkan pelbagai syak wasangka.
  8. g) Para penjenayah juga ada ketikanya meminimumkan kekerapan pemindahan wang melalui bank, sebaliknya sering menyimpan wang tunai dalam jumlah yang besar. Ini kerana pihak bank diwajibkan untuk memeriksa dan melaporkan transaksi yang meragukan kepada pihak bank pusat seperti BNM.

 

  1. Berdasarkan undang-undang di Malaysia, terdapat pelbagai bentuk kesalahan dan hukuman berkaitan dengan money laundering. Salah satunya (sekadar contoh) adalah “menstruktur transaksi”. Berdasarkan Seksyen 4A (1) AMLATFPUAA 2001, hukumannya adalah penjara 7 tahun (maksimum), denda atau kedua-duanya sekali. ┬áBagi kesalahan menggunakan wang hasil haram pula Seksyen 4 (1) (b) Akta yg sama juga boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda.

 

  1. Nasihat saya, berhati-hati. Semua orang termasuk asatizah / pendakwah sebagai manusia biasa, sudah tentu suka hidup senang. Tetapi pastikan kita menikmati kesenangan tersebut dengan cara yang halal dan tidak bertentangan dengan undang-undang negara.

 

Ahmad Jailani Abdul Ghani

24/7/21