Pasangan Pelakon Terkenal Dedah Rahsia Tidak Mandi

Satu pasangan pelakon suami isteri terkenal telah mendedahkan bahawa mereka berdua tidak menjadikan amalan mandi sebagai fokus kebersihan diri mereka.

 

Pelakon Hollywood terkenal, Mila Kunis dan Ashton Kutcher berkongsi tentang hal itu semasa ditemu bual dalam sebuah program podcast bersama Dax Shepard yang mana juga telah mengejutkan pengacara berkenaan.

 

Malah, bukan sahaja mereka, Mila dan Ashton juga bersepakat mendidik dua anak mereka iaitu Wyatt, 6, dan Dimitri, 4 dengan cara yang sama.

 

 

Menurut Mila, walau begitu, mereka sekeluarga akan memastikan bahagian sulit dan wajah dicuci pada setiap hari.

 

“Semasa zaman saya membesar, dulu, keluarga saya tidak mempunyai sumber air panas di rumah. Jadi sebab itulah saya tidak biasa mandi setiap hari,”katanya.

 

Sementara itu, menurut Ashton pula, memandangkan anak-anak mereka sedang membesar, dia dan Mila meletakkan sistem mengenai kebersihan kekotoran di rumah.

 

“Semasa mereka kecil pun kami tak tekankan aspek mandi. Jadi apabila mereka sudah besar, apa yang kami lakukan ialah mengajar dan memastikan mereka jika ada kesan kotoran di badan, cuma cuci bahagian itu sahaja.

 

“Jika tidak, tiada tujuan untuk mandi pun. Macam saya, biasa akan mencuci cuma di bahagian tertentu pada badan saya dan muka terutama selepas melakukan aktiviti senaman,”katanya.

 

Dalam pada itu, pendedahan pasangan terkenal ini telah menimbulkan pelbagai respons daripada pengikut dan peminat apalagi dalam situasi pandemik Covid-19,mandi adalah satu daripada amalan kebersihan utama dalam memerangi wabak ini.