Rahsia Bawang Mentah Untuk Lelaki

Bawang merupakan bahan utama yang selalu digunakan dalam masakan di seluruh dunia. Namun mungkin tidak terdapat kajian saintifik yang mengatakan bawang dapat membantu merawat pelbagai masalah kesihatan.

Antaranya adalah masalah saraf, antiradang, ulser, antiviral, lelah, darah tinggi, jantung dan bertindak sebagai agen antioksidan serta antikanser.

Terdapat penemuan yang mendakwa pengambilan bawang juga boleh meningkatkan hormon kelelakian iaitu hormon testosteron yang penting untuk merawat masalah kelakian.

Memakan bawang dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki dan dengan minum jus bawang sebanyak 3 kali sehari dapat meningkatkan bilangan sperma. Ia juga melancarkan peredaran darah ke seluruh badan termasuk zakar untuk ereksi yang lebih baik.

Kajian pada tahun 2012 ke atas tikus, mendapati pemberian jus bawang segar selama 4 minggu meningkatkan hormon testosteron yang penting kepada stamina seksualiti lelaki.

Bawang mengandungi satu bahan berkhasiat yang bernama Quercetin yang tinggi kandungannya pada kulit luar bawang diikuti dengan lapisan dekat kulit luar. Kulit luar bawang yang kering (bukan lembab atau basah) yang mengandungi Quercetin ini bertindak sebagai mengawal darah tinggi dan mengurangkan risiko strok.

Namun, kebiasaannya bahagian ini dibuang sebelum bawang digunakan dalam masakan. Jika anda mahu mendapatkan kandungan Quercetin yang tinggi, disarankan untuk makan bawang merah secara mentah kerana ia membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar.

Khasiat bawang boleh hilang sehingga 22 peratus jika anda menggunakan teknik masak air atau merebus boleh manakala menggoreng atau menumis bawang boleh menurunkan khasiat bawang sehingga hampir 30 peratus.

Oleh itu, sebaik-baiknya minimakan pembuangan kulit bawang sebelum dimasak. Bagi individu yang mempunyai masalah penghadaman, jangan makan bawang terlalu banyak kerana bawang mengandungi paras sulfur yang tinggi.

Antara khasiat yang hanya terdapat pada bawang merah mentah adalah kaya dengan bahan seperti organosulfur dan flavonoid yang bersifat antiplatelet iaitu mencegah penggumpalan darah dan antikanser terutamanya antikanser kerongkong, usus dan perut. Sebaliknya, jika bawang dimasak, bahan antiplatlet akan mudah hilang.

Berdasarkan kajian ke atas 12 subjek manusia menunjukkan aktiviti antiplatelet akan musnah antara 3 dan 6 minit selepas masak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya merangsang aktiviti platelet yang menjadikan darah mudah bergumpal.

Organosulfur adalah bahan yang menghasilkan keupayaan mencegah pengumpalan darah. Bawang merah tinggi antioksidan dan vitamin C manakala bawang kuning tinggi mineral seperti magnesium, I fosforus dan potasium.

Bagi mengelakkan pedih mata semasa mengupas bawang, simpan bawang di bahagian peti beku selama 5 minit. Kaedah ini juga meningkatkan khasiat bawang yang menghasilkan lebih banyak bahan antioksidan dan quercetin.