Adakah Selamat Menggunakan BigPay?

Buat yang tak tahu lagi apa itu BigPay, secara mudahnya ia adalah kad kredit tapi tiada cas tambahan tahunan. Nama sebenarnya ialah Kad Kredit Prabayar. Ada pembaca kata sekarang BigPay dah jenamakan kad mereka sebagai Kad Debit Prabayar.

Untuk menggunakannya, anda perlu menambah nilai ke dalam kad anda dan anda hanya boleh membeli setakat had jumlah yang ada di dalam kad anda sahaja. Ada juga kad lain yang bercirikan kad kredit prabayar ini seperti daripada CIMB dan Maybank. Tapi, saya lebih sukakan BigPay ni atas beberapa sebab.

  1. Kad BigPay datang dengan aplikasi seperti e-wallet. Setiap kali anda membuat bayaran atau pembelian, setiap transaksi akan masuk ke dalam log aplikasi.
  2. Lebih selamat dari risiko duit dipotong kerana untuk pembayaran, anda perlu memasukkan OTP yang dihantar melalui SMS.
  3. Sokongan MasterCard. Jadi anda boleh gunakan wang di dalam kad BigPay anda di semua laman web dan tempat yang menerima BigPay walaupun di luar negara sekalipun. (Update: ada pembaca kata sekarang BigPay dah bertukar ke Visa)
  4. Akaun bank anda lebih selamat kerana untuk membeli di dalam talian, anda memasukkan duit ke dalam BigPay. Walaupun akaun anda bocor, duit akan dipotong sekadar nilai yang anda simpan sahaja dan akaun bank utama anda masih selamat.
  5. Jika premis tidak menerima e-wallet, anda masih boleh menggunakan bayaran dalam talian kerana anda boleh swipe saja kad BigPay anda macam anda bayar guna kad kredit. Ada rasa berlagak sikit di situ.
  6. Untuk kaki travel, kadar tukaran matawang asing BigPay lebih menguntungkan berbanding dengan kadar tukaran dari kad kredit, ATM dan perbankan. Untung kan? Selain daripada tu, setiap penggunaan akan dapat point. Point ini dapat ditebus dengan AirAsia untuk pelbagai promosi.

Saya gunakan BigPay dalam pembelian dalam talian saya termasuklah di Shopee dan Lazada. Beli game dan aplikasi di Google Play Store juga lebih mudah dengan BigPay.

Ada juga kontroversi scammer Bangladesh kepada pengguna BigPay yang membuat panggilan dengan WhatsApp. Saya juga pernah dihubungi 3 kali. Orang kata data BigPay bocor, tapi saya rasa bukan.

Selama hampir 1 tahun saya simpan hampir RM3000 dalam akaun BigPay saya, tiada langsung panggilan scammer. Tapi hanya sehari selepas saya membuat belian nilai tinggi di Lazada, saya terus mendapat panggilan dari scammer. Panggilan kedua juga dua hari selepas pembelian nilai tinggi di Lazada.

Kadang-kadang tu masuk gaji je saya dah topup siap-siap untuk bayar segala bil. Senang. Kalau tidak tiap kali nak bayar bil lain-lain, kena login internet banking. Kalau key in nombor kad BigPay, tunggu OTP je.

Apa pun, setakat ini saya rasa ia masih lagi boleh dan selamat digunakan. Saya masih lagi gunakannya. Yang penting, jika anda was-was, jangan simpan banyak-banyak wang dalam BigPay anda. Hanya topup bila perlu saja. Dan jangan layan sebarang panggilan dari WhatsApp yang tidak dikenali. Jangan kongsi nombor OTP dan TAC anda.

Kredit : OMG Hackers