Ibu Bapa Boleh Disaman Jika Anak Bermain Squid Game

Ibu bapa pelajar di beberapa buah sekolah di United Kingdom boleh disaman pihak berkuasa didapati sekiranya anak mereka meniru aktiviti Squid Game di sekolah.

Menurut Daily Mail, amaran tersebut diberikan pihak sekolah supaya ibu bapa menghalang anak daripada menonton drama bersiri dari Korea Selatan yang sedang popular sekarang.

Squid Game mengisahkan sekumpulan individu yang mempunyai banyak hutang menyertai satu permainan ‘street-survival’ yang menawarkan hadiah wang lumayan kepada pemenangnya.

Caranya sangat mudah iaitu melakukan permainan kanak-kanak Korea, namun ia mencabar kerana nyawa setiap peserta menjadi taruhan. Peserta yang kalah dalam setiap pusingan akan ditembak mati.

Jurucakap sebuah sekolah di United Kingdom berkata, pihaknya sentiasa memberikan nasihat kepada ibu bapa dan pelajar mengenai aspek keselamatan dalam talian serta bahaya menonton kandungan yang ‘tidak bersesuaian dengan peringkat umur’.

Langkah itu dibuat sebagai tindak balas terhadap drama yang ditayangkan di Netflix yang sarat dengan aksi lucah dan keganasan.

“Sebagai respon terhadap tayangan drama itu, pihak sekolah memperuntukkan sesi pembelajaran tambahan mengenai ancaman bahaya dalam talian,” jelasnya.

Sekolah lain di kawasan sama turut mengesahkan pasukan keselamatan menghantar surat kepada ibu bapa pelajar mereka mengenai kebimbangan peringkat usia yang menonton kandungan siri tersebut.

Terdapat ibu bapa memaklumkan dalam media sosial yang mereka menerima surat dari dua sekolah rendah dan menengah yang memberikan amaran terhadap ibu bapa yang membenarkan anak mereka menonton drama itu.

Menurut mereka, surat yang lebih umum mengenai tanggungjawab ibu bapa seperti mengawasi penggunaan media sosial oleh anak-anak mungkin lebih berguna.

Menerusi Twitter pula seorang bapa menulis, ibu bapa atau penjaga boleh dikenakan hukuman menerusi surat amaran sekiranya anak mereka yang bermain Squid Game versi mereka sendiri.

Satu amaran telah dikeluarkan sebuah sekolah di Belgium ibu bapa selepas seorang pelajar berusia 11 tahun dilihat bermain permainan itu dan memukul pemain yang kalah.

Salah seorang pelajar memberitahu media tempatan bahawa dia melihat seorang rakannya yang kalah telah dicampak ke atas tanah sebelum dipukul, mengakibatkan lengannya luka.

Bagi ibu bapa Muslim yang bercadang untuk menonton sama ada bersendirian atau bersama-sama anak mereka, perlu diingatkan hukumnya haram menonton adegan lucah dan aurat individu lain.

Drama tersebut tetap tidak sesuai bagi tontonan kanak-kanak serta remaja walau apa bangsa dan agama sekali pun.