Erra Fazira Selamat Bernikah Dengan Menteri Belia Dan Sukan?

Erra Fazira yang sudah lama low profile tiba-tiba menjadi buah mulut warganet selepas timbul khabar menyatakan bekas Ratu Cantik Malaysia itu sudah selamat menjadi isteri kedua kepada seorang menteri yang berasal dari Perak.

Gosip itu muncul selepas seorang pengguna Twitter bernama @abam_kumis yang membuat ciapan yang bertanya adakah isteri pertama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Ahli Parlimen Tambun sudah mengetahui dia telah dimadukan. Menurut @abam_kumis, dia mendapat info tersebut daripada jiran kepada Faizal atau Erra.

Sementara itu, seorang netizen lain turut mengatakan Faizal hanya mengikuti seorang selebriti iaitu Erra di laman Instagram yang mengukuhkan lagi spekulasi tersebut.

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek kemudiannya membuat hantaran di Instagram dengan nada berkias seperti menafikan dakwaan yang dia telah menamatkan status jandanya.

“Apooo (apa)… tak habis-habis cerita pasal kahwin ini. Apa pun, orang suka untuk berkata, jadi biarkan mereka seronok dengan berkata-kata,” tulis Erra.

Susulan khabar angin yang mengatakan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sudah bernikah dengan primadona cantik, Erra Fazira.

Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh telah dihubungi wartawan untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan lanjut berhubung hal itu.

Dalam kiriman WhatsApps, Mohd Hafez Mubin hanya menjawab “no comment” dan enggan mengulas lanjut. Sama ada benar atau sebaliknya, sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah filem, Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006.

Kemudian, pada 2007 Erra berkahwin kali kedua dengan ahli perniagaan, Engku Emran dan bercerai pada 2014. Erra mempunyai seorang anak hasil perkahwinan keduanya, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.

Kemaskini terbaru mendapati, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sudah menafikan laporan sebuah portal mendakwa beliau sudah berkahwin dengan selebriti terkenal tanah air, Erra Fazira.