Anak Ditahan Polis, Shah Rukh Khan Alami Tekanan Perasaan

Shah Rukh Khan dilaporkan mengalami tekanan perasaan dan tidak dapat tidur serta makan selepas anaknya Aryan Khan ditahan polis minggu lepas.

Dia dan isteri Gauri Khan mengelak ditemui media yang mahu mendapatkan ulasan pelakon tersebut tentang kes salah guna dadah anaknya.

Portal hiburan Bollywoodlife.com melaporkan, penahanan Aryan telah menyebabkan Shah Rukh berasa kecewa dan tidak berdaya.

Menurut rakan Shah Rukh Khan, pelakon itu sangat kecewa dan marah. Dia tidak tidur atau makan dan merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa membantu anaknya itu.

Minggu lalu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai Ahad lepas.

Mahkamah Mumbai pada Sabtu lepas, menolak permohonan jaminan ke atas anak pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan, dalam kes melibatkan penyalahgunaan dadah.

Aryan Khan, 23, akan terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai untuk menghabiskan hujung minggunya.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Berdasarkan maklumat, pegawai NCB Mumbai melakukan serbuan di kapal persiaran Cordelia, yang menuju dari Mumbai ke Goa pada 2 Oktober 2021.

Semasa operasi, semua suspek berdasarkan maklumat telah diperiksan pelbagai dadah seperti MDMA / Ecstasy, Cocaine, MD (Mephedrone) dan charas telah ditemui.

Seramai lapan orang, termasuk dua wanita telah ditangkap dan kaitan mereka dengan serbuan tersebut sedang disiasat.

NCB Mumbai telah mendaftarkan No. Jenayah. Cr 94/21 dalam kes ini. Siasatan lebih lanjut sedang dijalankan.

Difahamkan, bayaran masuk untuk pesta di atas kapal persiaran itu dalam lingkungan Rs1 lakh (RM5,636) kata seorang pegawai kepada CNN-News18.

Minggu lalu, pasukan NCB Mumbai dan Goa dalam operasi bersama telah menangkap rakan kongsi pelakon Bollywood, Arjun Rampal, Gabriella Demetriades dari Goa berkaitan dengan kes dadah.

Biro itu juga merampas sejumlah wang dan menurut sumber, saudara lelaki Gabriella, Agisilaos Demetriades, berketurunan Afrika Selatan juga telah ditangkap NCB pada tahun lepas.

Tangkapan itu merupakan sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan penggunaan dadah di Bollywood.