Kenapa Mahathir Lepaskan Batu Puteh, Sultan Johor Tuntut Penjelasan

“Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab jika benar ada pihak yang melakukan kecuaian dengan membatalkan permohonan semakan dan pentafsiran undang-undang kes Batu Puteh”, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu. Adakah kita negeri anak tiri. Kalau tak suka Johor, cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya.”

“Tindakan sedemikian seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang. Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil sedangkan kita sudah menemui bukti baharu yang berpihak kepada kita. Ini yang menyebabkan saya cukup terkilan.”

Dr Puad Zarkashi juga turut menulis beberapa hantaran mengenai isu kedaulatan Pulau Batu Puteh di akaun Facebooknya.

“Tiba tiba isu Pulau Batu Puteh meletop balik. Kerajaan tubuh Pasukan Petugas Khas untuk menyemak semula kes Pulau Batu Puteh. Ada dua isu besar yang pasukan khas mesti dedahkan.

Pertama, bila sebenarnya Tun M arah pemangku Peguam Negara batalkan permohonan semakan kehakiman yang telah dihantar ke ICJ The Hague pada tahun 2017.

Tun M angkat sumpah pada 10 Mei 2018 dan pada 14 Mei, Peguam Negara TS Apandi Ali digantung tugas. Ada dakwaan mengatakan 15 Mei 2018 Tun M arah batalkan permohonan semakan semula.

Kenapa tergesa gesa, iaitu 5 hari lepas angkat sumpah jadi PM. Apa muslihat yang mahu disembunyikan sehingga jadi misteri besar. Sebab itu dedahkan tarikh pembatalan.

Satu lagi, apakah Tun M dapat persetujuan Kabinet? Sedangkan anggota Kabinet angkat sumpah pda 21 Mei 2018.

Isu kedua, apa muslihat Tun M? Ini juga mesti disiasat. Tun M melihat Singapura sebagai pesaing. Kenapa dalam bab Pulau Batu Puteh tiba tiba dia mengalah.

Ada tuduhan, Tun M melakukannya sebagai timbal balas untuk ganti pembatalan HSR (High Speed Rail) di bawah kerajaan BN.

Ada dakwaan Tun M mahu kowtim Singapura supaya tidak berkongsi maklumat penting yang akan ganggu usaha Tun M mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin BN?

Diharap Pasukan Petugas Khas akan siasat dakwaan itu secara total. Sebab itu tindakan seorang rakyat Malaysia saman Tun M dalam isu pembatalan tersebut wajar disokong.

Ada netizen komen, pengundi muda tidak peduli isu Pulau Batu Puteh. Itu isu lapok. Mereka mahu kerajaan sediakan pekerjaan dan fokus pada ekonomi

Apabila Tun M batal semakan kehakiman Pulau Batu Puteh, Singapura setuju kehendak Tun M untuk batal projek Kereta Api Laju (HSR) KL-Singapura Kerajaan BN.

Sedangkan, projek HSR akan sediakan beribu peluang pekerjaan, kemahiran teknikal dan teknologi. Ia “game changer” mengangkat Malaysia menjadi negara paling maju.

Itulah padahnya, bukan sahaja kedaulatan negara tergadai tetapi projek HSR menjadi mangsa. Maka penubuhan Pasukan Petugas Khas Pulau Batu Puteh bukan isu lapok.

Kenapa rakyat mesti sokong Tun M kena saman kerana batal semakan kehakiman isu Pulau Batu Puteh? Kita mahu tahu apa muslihat dia mengalah mudah dengan Singapura. Singapura lubuk maklumat offshore. Takut ada kowtim dan rahsia besar?”