‘Zoom Raid’, Sila Pantau Aktiviti Telefon Anak Anda!

Seorang ibu berkongsi kekecewaan mengenai sekumpulan pelajar yang didakwanya mengganggu proses pembelajaran dalam talian PdPr pelajar lain.

Kumpulan tersebut akan menyerbu masuk ke dalam kumpulan PdPr melalui pautan yang dikongsi oleh pelajar lain. Ada antara pelajar dalam kelas yang diganggu menjadi sekutu kumpulan pengacau ini dan memberi pautan ke kelas Zoom atau Gmeet.

Seterusnya, kelas akan diserang hendap oleh samseng ini dan mereka bertindak menganggu kelas yang sedang berlangsung dengan menghantar pelbagai gambar termasuklah gambar lucah.

Guru yang menyedari gangguan tersebut terpaksa mengeluarkan ahli-ahli asal kelas dan menghentikan sesi pembelajaran.

Berikut perkongsian Fiefah Ariffin di FB tentang aktiviti Zoom Raid yang diketahui daripada anaknya.

“Have you heard about this? Sebagai seorang ibu yang punyai 3 anak yang jalankan PdPR, hari ni baru aku tahu istilah ‘Zoom Raid’ from my kids.

I accidentally know about this apabila anak bongsu aku, turun inform bagitau his Gmeet class kene raid. Semua dalam tu kene kicked out. Itu kelas perbincangan kertas percubaan UPKK. Allahu……

Aku ni tak faham sangat macam mana boleh kene raid walhal link kelas hanya dikongsi guru kepada ibubapa dan pelajar. Macam mana link tu boleh dapat kat orang lain dan mereka raid beramai-ramai.

Boleh la cikgu-cikgu dan parents baca tentang zoom raid ni so that in future, we need to properly secured the link in order to avoid this kind of event from happening. How is the link being accessible to others outside the school group?

My son informed me ada banyak group kat telegram with the name of zoom raiders and what not. Dalam group tu akan ada beratus-ratus ahli. Akan ada sorang daripada ahli, tepek mana-mana link kelas yang diperolehi dan akan inform ahli group untuk serang beramai-ramai.

Maka, mereka ini akan masuk link kelas tersebut ramai-ramai, post macam-macam gambar etc, porno semua pun ada. Tujuannya adalah untuk mengganggu sesi kelas tersebut. At the end, ahli asal gmeet will be kicked out/removed from group.

Hmm….this is why when we used online media in our daily life, we need to protect from these kind of disturbances. Make sure it is totally secured. You never know when will you be attacked by these bunch of people. Do ensure that our kids does not involved in that kind of activities.

Kat bawah ni aku screenshot one of the tele room Zoom Raid Malaysia. Seriously, ada anak-anak sekolah rendah lagi. Yang ni gaya newbies share gmeet kelas-kelas sekolah masing-masing. So beware ya parents.

Derang share gmeet link untuk attack ramai-ramai. Macam mana derang hack, pandai ke? Kebolehan anak-anak jangan dipandang rendah. Anak aku lagi terer bab-bab IT ni dari ibu dan ayah dia.

Parents take note ya. Check la group wasap ke tele ke atau apa je yang anak-anak ni join. Tengok la telegram description info tu. Ni kalau anak aku join memang kene pelangkung. What is wrong with the kids nowadays.”

Rupa-rupanya melalui carian di Google, terdapat banyak aktiviti zoom raid dari luar negara. Mungkin pelajar-pelajar tersebut meniru kegiatan tersebut untuk suka-suka dan sekadar hiburan. Namun hakikatnya perbuatan tersebut salah dari segi undang-undang, agama dan adab susila.

Kepada semua ibu bapa, pantaulah aktiviti dalam telefon pintar anak anda. Selagi mereka berada di bawah tanggungan anda, ibu bapa mesti bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan.