Arak ‘TIMAH’ Selamat Dilancarkan, PAS Sibuk Dengan Kolam Renang Dan Baju Ketat

Apa dah jadi dengan janji PAS konon akan tetap bertegas dan tidak pernah membisu dalam isu pengharaman judi di negara ini walaupun sudah menjadi sebahagian penggubal dasar atau pemerintah negara.

Kononnya apabila PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan, lebih mudah untuk menyatakan bantahan. Bantahan secara dalaman. Terus kepada kementerian yang berkaitan.

Itu janji yang dibuat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary yang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada Januari tahun ini.

Tapi nampaknya gaya, janji PAS tinggal janji kerana pada (7 Oktober) lalu, ‘TIMAH’ jenama arak buatan Malaysia secara rasmi telah dilancarkan Winepak Corporation, firma di belakang Timah.

Banyak kejayaan si Timah ni, antaranya menang pingat perak dalam International Spirits Challenge 2020 (ISC) dan Annual San Francisco World Spirits Competition 2020 (SFWSC).

Tahun ini, Timah mencapai tahap lebih tinggi dengan menjaringkan 92 mata di Pertandingan Wain dan Roh Antarabangsa. Timah juga memenangi emas untuk anugerah ‘Best Malaysian Whisky’ di Pertandingan Whisky Antarabangsa 2021.

Pertandingan Wiski Antarabangsa adalah pertandingan wiski yang paling banyak diikuti di dunia, menjangkau masyarakat di pelbagai saluran media sosial.

Dalam ucapannya Gilbert Yeo memberitahu, “Saya bangga dan bersyukur dapat berkongsi bahawa Timah wiski tandatangan kami yang memenangi anugerah, dan jenama kami yang lain telah diterima dan diinginkan secara meluas oleh pasaran tempatan dan antarabangsa.

Sokongan berterusan dari pengguna dan rakan kongsi kami bermaksud dunia bagi kami, dan saya berharap dapat terus mendapat sokongan yang tidak berkesudahan dari setiap anda.’

Manakala Tony Allen, bekas pengarah operasi Asia Pasifik yang menjadi mentor kepada Winepark, berharap akan melihat Timah sebagai wiski Malaysia sendiri, menikmatinya dan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya.

Mengapa tiada bantahan daripada PAS mengenai pelancaran arak ini yang menggunakan nama Timah, biasanya hanya digunakan di kalangan orang Islam dan Melayu, singkatan daripada nama Fatimah, anak perempuan Nabi Muhammad s.a.w? Apa muslihat di sebalik penggunaan nama Timah ini?

Kerajaan Kelantan dilaporkan mahu membina kolam renang bernilai RM20 juta. Menurut Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat kerajaan Kelantan memperuntukan RM20 juta untuk membina kolam renang (pusat akuatik) di Tiong Kota Bharu sebagai persiapan Sukan Malaysia 2026.

Selain itu, kerajaan Kelantan juga melalui laporan akhbar akan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam negeri sekiranya didapati berpakaian tidak menutup aurat khususnya bagi kakitangan wanita.

Terbaiklah PAS, sibuk sangat nak bina kolam renang RM20 juta dan nak hukum penjawat awam berpakaian ketat di Kelantan, sampai tak sempat nak bantah arak Timah.