8 Info Menarik Jalanraya Seluruh Dunia

Jom baca fakta menarik tentang jalan raya di seluruh dunia. Jalan raya di Malaysia pun masuk dalam senarai rekod dunia!

1.Jalan terluas di dunia
Jalan 9 de Julio Avenue di Argentina terletak kira-kira satu kilometer ke barat pantai Rio de la Plata, dari daerah Retiro di utara ke stesen Constitución di selatan. Jalan ini mempunyai tujuh lorong di setiap arah dan diapit di sebelah sama ada melalui jalan-jalan dengan empat lorong tambahan.

2.Jalan tersempit di dunia
Sperhofstraße merupakan jalan paling sempit di dunia yang terletak di bandar Baden-Württemberg, Jerman. Ia mempunyai keluasan hanya 12cm bagi ukuran paling sempit dan 50cm bagi ukuran paling lebar. Jalan itu dibuat pada 1727 selepas kejadian kebakaran besar-besaran di bandar Reutlingen pada 1726. Apa yang pasti tidak ada kereta yang dapat melalui jalan itu.

3.Jalan terpanjang di dunia
Pan-American Highway, The Americas ini merupakan jalan yang terpanjang di dunia sejauh (48.000 km) yang melewati 15 negara dari Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Amerika Utara.

 

4.Jalan terpendek di dunia
Ebenezer Place yang berada di bandar Wick, Scotland memegang rekod dunia sebagai jalan paling pendek. Ukuran jalan ini adalah 2.06 meter sahaja. Satu-satunya alamat yang didaftarkan di jalan ini ialah No 1 Bistro, Hotel MacKays.

5.Jalan paling bengkang-bengkok di dunia
Lombard Street adalah jalan yang terletak di kota metropolitan San Francisco, Amerika Syarikat. Jarak di antara selekoh hanya 1 meter dan hanya dapat dipandu satu arah iaitu arah menurun dengan kelajuan maksimum hanya 5 kilometer sejam. Di bahu jalan terletak deretan rumah mewah.

6.Jalan paling lurus di dunia
Lebuhraya 10 di Arab Saudi merupakan jalan paling lurus di dunia yang bermula dari bandar Haradh ke bandar Al Batha. Jaraknya berukuran 256 kilometer dan melalui dibinia melalui gurun Rub Al-Khali.

7.Jalan paling curam di dunia
Baldwin Street memegang rekod jalan yang paling curam di dunia. Ia terletak di pinggir bandar Dunedin, New Zealand. Memiliki panjang 350 meter, jalan ini berada pada nisbah kecuraman 1:2.86 iaitu setiap 2.86 meter keceruman meningkat sebanyak 1 meter.

8.Bulatan jalan terbesar di dunia
Bulatan jalan terbesar di dunia terletak di jalan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,mengelilingi bukit berhampiran Pejabat Perdana Menteri. Berukuran sepanjang 3.4 kilometer, Kompleks Kerajaan Persekutuan, Masjid Putra, Istana Melawati dan Dataran Kemerdekaan Putrajaya juga berada di sekeliling bulatan itu.