Facebook Bakal Tukar Nama, Donald Trump Lancar Media Sosial Baharu

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg kini merancang untuk satu penjenamaan semula dengan nama yang baharu.

Nama baru itu bertujuan untuk menyusun semula fokus Facebook untuk menjadi ‘syarikat metaverse’ dan menjenamakan semula aplikasi utamanya sebagai salah satu daripada banyak syarikat induk tunggal.

Metaverse secara asasnya merujuk kepada konsep ruang maya yang didefinisikan secara longgar di mana pengguna boleh mengendalikan avatar realiti maya dan tambahan sebagai medium komunikasi sesama mereka.

Istilah metaverse telah dicipta oleh penulis sci-fi Neal Stephenson dalam bukunya pada tahun 1992 yang bertajuk ‘Snow Crash,’ tetapi ideanya itu pernah direalisasikan dalam beberapa buah filem seperti ‘The Matrix’ dan ‘Ready Player One.’

Zuckerberg pernah mengatakan bahawa dia memandang metaverse sebagai ‘internet yang wujud, di mana anda bukan hanya sekadar melihat kandungan, bahkan turut berada di dalamnya.’

Zuckerberg akan membincangkan pertukaran nama pada persidangan tahunan Connect Facebook pada 28 Oktober, tetapi syarikat itu mungkin mengumumkan nama yang baru sebelum tarikh tersebut.

Manakala bekas Presiden AS, Donald Trump mengatakan bahawa dia akan melancarkan rangkaian media sosialnya sendiri yang dinamakan sebagai TRUTH Social pada awal 2022.

Kumpulan Media & Teknologi Trump (TMTG) mengatakan bahawa ia akan mewujudkan jaringan sosial yang bersaing dengan ‘konsortium media liberal’ semasa dan melawan syarikat-syarikat ‘Big Tech’ di Silicon Valley yang menggunakan kekuatan pihak mereka untuk membungkam suara-suara penentang di Amerika.

Trump, yang akan menjadi ketua TMTG berkata dia mencipta TRUTH Social dan TMTG untuk menentang kezaliman Big Tech.

Katanya, “kita tinggal di dunia, di mana Taliban mempunyai ‘penampilan’ yang besar di Twitter, namun Presiden Amerika kegemaran anda ditenggelamkan.”

Aplikasi TRUTH Social kini tersedia untuk pra-pesanan di stor Apple App dengan rancangan untuk melancarkan versi beta buat para pengujinya pada bulan November nanti.

TRUTH Social bakal dilancarkan pada November untuk rakyat AS, manakala untuk semua orang pula pada awal tahun 2022.

Bersama dengan perkhidmatan media sosialnya itu, TMTG juga merancang untuk melancarkan video langganan atas permintaan (video on demand) yang dipanggil sebagai TMTG+. Ia dikatakan akan menampilkan program hiburan, berita, podcast dan lain-lain dalam genre ‘non-woke’ (huh).

Kalau dilihat pada tangkap layar aplikasi ini di Apple App Store, jelaslah TRUTH Social merupakan satu variasi aplikasi yang disukai oleh Trump, iaitu Twitter.

Namun applikasi itu belum tersedia di untuk pengguna Android kerana Trump mempunyai konflik dengan Google dan pernah menyaman syarikat itu.

Diolah dari : FB OMG Hackers