Arab Saudi Larang Bawa Keluar Air Zamzam

Tular di media sosial sejak beberapa hari lalu yang mendakwa air zamzam kini tidak lagi dibenarkan untuk dibawa pula dari Arab Saudi.

Melalui arahan terbaru kerajaan Arab Saudi, air zamzam telah menjadi salah satu barang larangan malah tidak lagi di dijual di lapangan terbang.

Menerusi satu akaun Tiktok dengan nama @masjidbesi, pemilik akaun tersebut berkongsi video meminta para mutawif supaya mengingatkan para jemaah yang berada di Mekah supaya tidak membawa pulang air zamzam walaupun sekadar 5 liter sahaja.

“Kepada para mutawif, nak beritahu, untuk lapangan terbang baharu, air zam-zam tidak dibenarkan bawa balik. Maksudnya, jemaah tak diberikan walaupun 5 liter pun untuk dibawa balik. Jadi beritahu jemaah minum puas-puas di sini sebab memang ia adalah barang larangan.

“Tadi nak bawa masuk tapi tak dibenarkan. Di lapangan terbang juga tidak ada penjualan air zam zam. Maksudnya, mungkin ini peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang mana mereka tak benarkan air zam zam dibawa balik atau dibawa keluar dari sana. Jadi, nak beritahu kawan-kawan supaya jangan beli air zam-zam bila nak ke lapangan terbang sebab memang tak dibenarkan”, pemilik akaun berkenaan memberitahu.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris tampil menjelaskan mengenai kekeliruan berikut.

Jelas Ida Riswana, larangan tersebut mungkin hanya bersifat sementara berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz (KAIA) di Jeddah yang baru belum dilengkapi mesin conveyor.

Menurutnya maklumat itu diterima dari daripada beberapa syarikat penerbangan yang membawa jemaah umrah.

Justeru larangan tersebut hanya melibatkan Jeddah manakala tiada halangan untuk jemaah umrah yang pulang dari Madinah membawa pulang air zamzam ke Malaysia.

“Bagaimanapun, tiada halangan untuk bawa pulang air zamzam untuk jemaah umrah dari Madinah. Kita berharap larangan ini hanya sementara di Jeddah dan jemaah dapat membawa pulang air zamzam dalam sedikit masa lagi,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Sebagai makluman, mesin conveyor adalah suatu alat seperti ‘eskalator’ yang berfungsi untuk mengangkut atau memindahkan barangan dari satu kawasan ke satu kawasan.

Dengan ketiadaan mesin conveyor di lapangan terbang baharu tersebut, pasti menyukarkan petugas untuk mengangkutan ratusan ribu botol air yang akan dibawa keluar jemaah yang pulang ke negara masing-masing setiap hari.