Netizen Kait Lantikan KJ Sebagai Naib Presiden WHA Dengan Teori Konspirasi

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 22 hingga 28 Mei 2022.

Khairy menerusi ciapan Twitter menulis, “Terima kasih kepada semua negara @WHOWPRO kerana sebulat suara memilih Malaysia sebagai Naib Presiden WHA 2022. Kami akan membawa suara Pasifik Barat ke perhimpunan dunia itu khususnya mengenai prinsip ekuiti, solidariti dan akauntabiliti.”

Berita pelantikan Khairy itu disambut dengan ucapan tahniah daripada warganet, namun terdapat banyak komen yang mengaitkan pelantikan tersebut dengan teori konspirasi.

Teori konspirasi adalah dalah teori-teori yang berusaha menjelaskan bahawa punca utama suatu atau serangkaian peristiwa (yang umumnya berkaitan hal politik, sosial, atau sejarah) itu terahsia dan seringkali diperdayakan atau dimanipulasikan serta dirancang diam-diam oleh sekumpulan individu atau organisasi sulit yang sangat berkuasa atau berpengaruh.

Menurut teori konspirasi, vaksin Covid-19 diperkenalkan dengan tujuan bukan untuk melindungi warga dunia daripada wabak itu. Sebaliknya bermatlamatkan untuk mengurangkan populasi dunia dan memberi keuntungan kepada korporat gergasi terutamanya dalam industri perubatan dan kesihatan.

Ada komen yang mendakwa jawatan itu diberi hasil tindakan Khairy yang memaksa dan mengugut rakyat Malaysia supaya mengambil vaksin Covid-19.

Sebelum ini, Khairy berdepan dengan kritikan rakyat Malaysia apabila mengeluarkan kenyataan akan menyusahkan golongan yang enggan divaksin atau dikenali sebagai antivaksin.

Ugutan Khairy dibalas warganet dengan doa Qunut Nazilah (baca : Ahli Parlimen Hulu Langat Minta KJ Profesional Tidak Emosi )  khusus memohon kehancuran atas tindakannya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pelantikan sebagai Naib Presiden WHA itu adalah satu penghormatan besar kepada Malaysia dan ia akan menjadi peluang untuk meneruskan peranan lebih besar dalam arena kesihatan global.

WHA terdiri daripada 194 negara anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi WHO. Malaysia pernah diberi pengiktirafan berdasarkan peranan aktif menerusi platform kesihatan global dalam WHA ke-69 pada 2015. Malaysia juga dilantik sebagai lembaga eksekutif WHO dari 2021 hingga 2024.

Apa pendapat anda? Adakah ia ada kaitan atau hanya teori semata-mata?