8 Eksperimen Tentera Yang Pelik Dan Gagal

Untuk menang dalam peperangan, pelbagai strategi, teknik dan eksperimen digunakan pihak tentera di seluruh dunia. Ada yang berjaya, namun ada juga eksperimen yang pelik dan gagal dilaksanakan. Berikut 8 eksperimen tentera yang pelik dan gagal.

1.Malodorants
Ia adalah sejenis bom yang mengeluarkan bau sangat busuk pada tahap yang tidak dapat dibayangkan. Ia menggunakan gabungan bau busuk bangkai dengan bau busuk kumbahan. Ia dirancang untuk menakutkan psikologi musuh sekaligus membuatkan mereka lari dari pertempuran. Walaupun kurang berkesan namun projek itu masih diteruskan.

2.The Pain Ray
Senjata ini direka untuk membuatkan seseorang terasa sakit dari jarak jauh tetapi tidak memberi kesan yang berbahaya. Ianya juga dikenali sebagai Active Denial System dan menggunakan radiasi elektromagnetik pada frekunsi tinggi dan berkesan sehingga jarak 500 meter.

3.Project Orcon
Eksperimen ini pula menggunakan burung untuk melakukan pengebomman. Burung tersebut dilatih untuk mematuk laluan yang terdapat di skrin untuk mengendali bom tersebut. Eksperimen ini telah diberhentikan kerana mereka bimbang adakah burung tersebut boleh mengendali bom yang dilancarkan.

4.The Gay Bomb
The Gay Bomb adalah sebuah senjata kimia yang mampu mengeluarkan “female sex pheromone” untuk membuatkan lelaki tertarik kepada sesama sendiri. Namun begitu, ianya telah dihentikan kerana ia tidak memberi kesan kepada sesetengah lelaki.

5.The Sun Gun
Merupakan sebuah eksperimen Nazi untuk meletakkan sebuah cermin gergasi di orbit untuk dijadikan senjata. Cermin gergasi adalah diperbuat daripada sodium metalik yang beratnya berjuta tan. Namun begitu, rancangan ini ditinggalkan begitu sahaja kerana saintis-saintis Jerman berpaling tadah.

6.The Bat Bomb
The Bat Bomb adalah ini sebuah eksperimen yang menggunakan sekumpulan kelawar untuk mengebom pihak lawan. Namun pun begitu, eksperimen ini gagal kerana sekumpulan kelawar yang telah dilengkapkan dengan bom secara tidak sengaja dilepaskan dan terbang di bawah markas kapal terbang dan meletupkannya.

7.The Stargate Project
Projek ini dijalankan untuk megetahui sama ada kuasa psikik dan pantauan jarak jauh adalah benar-benar wujud. Walaupun sebanyak $20 juta telah dibelanjakan, projek ini cuma bertahan sehingga tahun 1995.

8.The Great Panjandrum
Alat ini dicipta untuk menembusi tembok lawan dan dilengkapi roket pada rodanya. Walaubagaimanapun, eksperimen ini telah gagal kerana semasa roda itu dihidupkan, ia terus terbang daripada kekal berada di tanah. Disebabkan itu ia telah menimbulkan pelbagai isu keselamatan.