Facebook Bertukar Meta, Apa Itu Metaverse?

Facebook secara rasminya menukar nama media sosial popular itu kepada nama baharu, Metaverse atau Meta, yang menggambarkan usaha melabur dalam konsep metaverse berbanding perkhidmatan media sosial yang terus digelar Facebook.

Ia merujuk secara meluas kepada idea kehidupan alam maya dikongsi dan boleh diakses oleh orang ramai yang menggunakan peranti berbeza.

Metaverse menawarkan dunia dalam talian yang membolehkan pengguna berhubung, bermain dan bekerja dalam persekitaran maya dengan menggunakan peranti headset VR.

Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg membayangkannya sebagai sebuah persekitaran internet yang memberi pengguna perasaan ‘berada’ di dalamnya, tidak terhad hanya melihat kandungan pada skrin sahaja.

Pengguna akan dapat menjalani kehidupan virtual sama di dalam metaverse ini, sama seperti kehidupan fizikal.

Antara perkara yang dirancang dapat dilakukan dengan metaverse ialah keupayaan untuk menikmati konsert 3D seolah-olah berada secara fizikal di lokasi konsert tersebut, ketika sedang menontonnya di skrin telefon pintar.

Selain itu, ruang ‘pejabat tanpa batas’ juga dirancang bagi membolehkan pengguna mencipta kawasan kerja ideal menerusi VR tanpa memerlukan persidangan video atau perlu hadir ke pejabat fizikal.

Perjumpaan, mesyuarat dan temuduga akan dapat dijalankan secara realiti maya sebagai hologram di atas kerusi dalam ruang bersama ahli lain, walaupun lokasi peserta jauh dari lokasi ruang tersebut.

Zuckerberg mengjangkakan metaverse Facebook ini akan dapat digunakan melalui pelbagai tapak pengkomputeran seperti VR, AR, PC, peranti mudah alih dan juga konsol permainan.

Metaverse merupakan istilah yang dicipta dalam novel dystopian berjudul ‘Snow Crash’ tiga dekad yang lalu dan kini menarik perhatian ramai di Silicon Valley.