8 Manfaat Berjalan 10,000 Langkah Untuk Lelaki 40an

Kaum lelaki biasanya gemar melakukan aktiviti senaman yang lebih mencabar seperti mengangkat besi di gim, berlari dan berbasikal. Namun aktiviti berjalan kaki yang dilihat agak lembut berbanding aktiviti senaman lain sebenarnya memberi manfaat yang sama nilainya.

Jika anda baru berjinak-jinak dalam aktiviti kecergasan, anda boleh bermula dengan berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah sehari. Manfaat yang anda dapat dari berjalan kaki adalah;

1. Aktiviti berjalan 10,000 langkah membantu meningkatkan kesihatan jantung dengan cara menerima oksigen yang diperlukan di dalam darah dengan lebih banyak.

2. Otot paru-paru akan menjadi lebih kuat kerana digunakan secara aktif dalam sesi pernafasan yang berlaku semasa aktiviti berjalan 10,000 langkah itu.

3. Rutin berjalan kaki setiap hari dapat menambah tenaga individu untuk melakukan aktiviti harian yang lain. Dalam masa yang sama tenaga yang banyak menjadikan anda lebih bersemangat dan berkeyakinan.

4. Ia juga boleh mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi kerana pergerakan badan yang aktif membuatkan darah dalam badan mengalir dengan baik serta lancar.

5. Berjalan secara konsisten sebanyak 10,000 langkah dalam sehari akan membina otot badan yang kental. Otot yang banyak di dalam tubuh akan membantu proses pembakaran lemak dengan lebih pantas, sekaligus menurunkan berat badan berlebihan.

6. Selepas otot dalam badan dibina, ia akan menggunakan glukos dalam darah dengan lebih berkesan, dengan itu paras gula dalam darah dapat distabilkan.

7. Pergerakan tubuh dalam kadar yang banyak dan berterusan akan menguatkan tulang yang secara tidak langsung dapat membantu mencegah kerapuhan tulang atau esteoporosis.

8. Tabiat berjalan kaki 10,000 langkah akan mengeluarkan hormon gembira seperti endorfin dan serotonin yang meningkatkan daya tumpuan serta mengurangkan tekanan atau kesedihan.

10,000 langkah dalam sehari boleh bermula sebaik sahaja anda bangun dari katil sehingga sebelum anda tidur pada waktu malam.

Anda boleh mulakan dengan membanyakkan berjalan di rumah, pejabat, atau berjalan kaki ke kedai dan parkir kereta atau mana-mana destinasi yang anda inginkan.

Bagi mencapai matlamat ini, anda juga boleh menetapkan masa berjalan kaki selama 60 minit sekurang kurangnya pada setiap hari.

Untuk menambah keseronokan aktiviti ini, anda boleh mengajak pasangan, ahli keluarga, rakan sepejabat atau jiran untuk berjalan kaki bersama-sama.

Follow & Like Facebook Lelakisihat untuk pelbagai tips kesihatan, isu semasa dan trivia menarik!

Klik https://alphacapsule.net/ untuk mengetahui produk supplement kesihatan lelaki No.1 di Malaysia!