13 Petua Merawat Penyakit Yang Berpunca Dari Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi jika dibiarkan tanpa rawatan akan menyebabkan pelbagai penyakit yang lebih kronik dan boleh mengancam nyawa anda seperti di bawah.

1.Angin ahmar (strok)
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.

2.Gangguan penglihatan
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.

3.Masalah saluran arteri
Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.

4.Kerosakan buah pinggang
Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.

Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.

5.Serangan jantung
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung.

Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.

Tanda-tanda di atas akan muncul setelah masalah tinggi anda hidapi sudah mula mencapai tahap serius. Bermaksud walaupun sekarang anda bebas daripada serangan penyakit tekanan darah tinggi , Sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan diet pemakanan seimbang, anda juga berpotensi untuk mendapat tekanan darah tinggi.

Ramai pesakit darah tinggi biasanya disarankan oleh doktor supaya bergantung kepada ubat-ubatan yang dibekalkan sepanjang hayat.

Ubat yang dibekalkan adalah bertujuan untuk memastikan tekanan darah tinggi sentiasa dalam keadaan stabil sahaja.

Ia bukannya bersifat memulihkan salur darah atau membekalkan nutrien penting lain yang sangat diperlukan oleh badan.

Bagi pesakit darah tinggi, boleh mencuba 13 petua rawatan penyakit ini.

1. Rebus satu batang pokok belimbing tanah dan minum airnya 2 kali sehari.

2. Rebus satu mangkuk bulu jagung bersama dua gelas air. Didih hingga air tinggal lebih kurang satu gelas. Minum 2 kali pada hari pertama, sekali pada hari kedua, 2 kali pada hari ketiga, sekali pada hari keempat dan seterusnya silih berganti setiap hari.

3. Rebus tujuh pelepah daun cermai dengan satu liter air. Sebaik saja air mendidih keluarkan daun tersebut. Sejukkan sebelum diminum 2 kali seminggu.

4. Campurkan segelas air kelapa muda dengan sedikit serbuk kopi dan sebuku garam jantan. Kacau hingga sebati dan minum. Amalkan 2 kali seminggu.

5.Makan 2 ulas bawang putih bakar setiap hari selama seminggu dan lihat hasilnya.

6.Tumbuk tiga ulas kecil bawang putih dan campurkan ke dalam segelas air masak. Minum setiap hari selepas sarapan setiap hari selama seminggu.

7. Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus

8. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya.

9. Bila darah naik tinggi, duduk, rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masalah.

10. Bacalah ayat suci Al Quran semasa berehat dengan fokus kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca surah pendek dan mohon pertolongan Allah.

11.Makan oat ditambahkan pisang dan kismis, insyaAllah akan turun darah kerana oat ialah pemecah kolesterol.

12. Digalakkan makan masakan berstim seperti ikan yang distim ataupun lebihkan sayur-sayuran terutama sekali ulaman atau salad mentah seperti timun atau tomato.

13.Hentikan pengambilan gula putih dalam makanan dan minuman. Ganti dengan stevia atau gula kelapa.