1MDB – Kerajaan Digesa Siasat Suami Zeti

SIAPA SAMUEL GOH RAKAN KONGSI KEPADA SUAMI ZETI?

Dalam kenyataan SPRM 19 Nov 2021, Samuel Goh adalah adalah rakan kongsi Tawfik Ayman suami kepada Zeti Akhtar Aziz.

Tawfik dan Samuel memiliki akaun Cutting Edge Industries Ltd yang terima dana kaitan 1MDB sebanyak RM65 Juta. Ia dipulangkan kepada Kerajaan Malaysia.

Semasa jadi saksi perbicaraan di Mahkamah Singapura libatkan Pegawai Bank BSI, Samuel Goh mengakui bantu Yeo Jiawei buka akaun palsu seperit Aabar Investment PJS Ltd (BVI).

Akaun palsu inilah yang menerima bayaran dari 1MDB. Akaun tulen ialah Aabar Investment PJS bukan Aabar Investment PJS Ltd (BVI). Bekas CEO 1MDB mengaku tidak semak ketulenannya kerana percaya pada Jho Low.

Soalnya kenapa Bank Negara lulus transaksi dana 1MDB ke luar negara tanpa di semak ketulinan akaun tersebut. Transaksi ke luar negara mesti ada kebenaran Bank Negara.

Siapa Gabenor BNM ketika itu? Kenapa Jho Low jadikan Tawfik Ayman iaitu suami Zeti rakan kongsinya? Sebab itu mesti ada RCI untuk bongkar misteri ini.

Kerajaan hanya tahu pada tahun 2019 kes yang libatkan suami Zeti. Ia menimbulkan banyak misteri jika AG tidak ambil tindakan segera.

Pertama, kenapa akaun dan aset Zeti dan keluarganya tidak dibekukan seperti mana orang lain walaupun ada yang terima RM100K sahaja.

Kedua, kenapa RM65 Juta sahaja yang dipulangkan. Apakah tidak ada baki yang lain. Benarkah jumlahnya melebihi RM65 Juta? Kenapa keluarga Zeti tidak disiasat di bawah AMLA?

Ketiga, dari segi keadilan kenapa maklumat penting ini tidak diberikan kepada team Peguam Najib semasa perbicaraan kes SRC dulu.

Keempat, dan kenapa di saat akhir Zeti dan TS Nor Mohammad Yackop tidak dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwa dalam kes SRC itu?

Keenam, kenapa TS Mohammad Nor Yackop tidak disiasat. Dia yang “setup” SRC. Dia yang urus kelulusan pertama pinjaman RM2 Bilion dari KWAP untuk SRC. Terlalu banyak misteri.