8 Khasiat Air Barli Lemon Untuk Lelaki

Air barli lemon biasanya kurang popular sebagai minuman di kalangan rakyat Malaysia. Namun ada 8 sebab kenapa anda perlu menjadikan barli lemon sebagai minuman kesihatan anda.

1. Merendahkan Tahap Kolestrol
Air barli lemon ini dikatakan sebagai satu minuman yang baik untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, lantas mengurangkan risiko masalah sakit jantung.

Serat yang terdapat di dalam barli juga tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.

2. Membantu Mengurangkan Berat Badan
Air barli lemon ialah minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama dan mengelakkan kita daripada makan berlebihan.

Air barli lemon sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma.

Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli lemon setiap hari.

3. Merawat UTI
UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing (kencing kotor). Dengan mengamalkan air barli lemon, ia boleh merawat ataupun mencegah masalah kesihatan ini.

4. Jantung Lebih Sihat
Selain berperanan merendahkan kadar kolestrol di dalam badan, air barli lemon turut mencegah kita daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu kondisi di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat dengan gumpalan lemak.

5. Membantu Sistem Penghadaman.
Air barli lemon boleh membantu dan memudahkan usus kita mencerna makanan. Ini kerana air barli lemon datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat.

Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.

6. Mengawal Gula Dalam Darah
Air barli lemon adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis.

Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah.
Air barli lemon boleh membantu mengeluarkan toksik dari badan. Ia menjadikan kulit lebih sihat dan cerah. Lagipun, barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.

Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori tersumbat.

Tambahan lagi, antioksida yang terdapat di dalam air barli lemon boleh melawan radikal bebas. Ini boleh melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.

8. Menyejukkan Badan
– Air barli lemon adalah satu air yang terbaik untuk kita menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan.