Syed Saddiq – Malaysia Perlukan Muda!

Lebih satu tahun lepas, saya dan rakan-rakan putuskan untuk tubuhkan sebuah parti politik untuk semua rakyat Malaysia, mengangkat politik khidmat dan memimpin dengan dasar yang progresif untuk negara.

Malaysia perlukan politik MUDA. Zaman politik wang, kuasa dan kedudukan sebagai alat parti politik perlu dihapuskan segera.

Apa itu MUDA?

MUDA itu untuk semua rakyat Malaysia.
MUDA itu mengangkat suara mereka yang susah, lapar dan sakit.
MUDA itu untuk mereka yang ditindas dengan politik lama dan lapuk.

Lebih satu tahun, saya dan pimpinan MUDA turun naik ROS, ulang alik mahkamah.

MUDA hanya mahu menjadi wakil terbaik dalam politik negara. Tetapi dihalang dan disekat.

Kami tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya dengan bendera MUDA.
Kami tidak dibenarkan mendaftar ahli dengan sah.

Saya sendiri dilabel sebagai Ahli Parlimen BEBAS di dalam Dewan Rakyat.

Bermula dari 30 orang MUDA hingga lebih 50,000 ahli yang bernaung bawah nama MUDA, perjalanan MUDA ini tidak mudah.

Tapi hari ini hari yang bersejarah untuk MUDA. Akhirnya, Mahkamah telah memutuskan bahawa MUDA harus didaftarkan oleh Menteri sebagai parti politik yang sah dalam tempoh 14 hari.

Saya mahu merakamkan ucapan penghargaan kepada Badan Kehakiman yang telah menegakkan undang-undang yang adil kepada MUDA.

Buat semua rakan pimpinan MUDA, ini masa untuk kita berkhidmat. Kita ada amanah yang besar untuk dipikul, tugas yang penting untuk membina semula negara Malaysia.

Masih belum terlambat untuk semua menyertai gelombang MUDA di seluruh negara.

Daftar sebagai ahli di muda.my/sertai

MUDA sudah MULA!