Asal Usul ‘Makan Gaji’ Di Tanah Melayu

Makan gaji adalah fenomena yang dicipta dan canangkan oleh British dalam usaha menyebarkan ideologi sekuralisme di Tanah Melayu.

Bagaimana mereka melakukannya?
British menyediakan sistem pendidikan elit khusus kepada anak-anak raja dan anak-anak golongan bangsawan diajar subjek-subjek yang mengagungkan sistem dan nilai British.

Setelah tamat sekolah vernakular British, akhirnya akan mendapat sijil yang membolehkan mereka bekerja dan mendapat gaji yang tetap daripada British.

British mencanangkan makan gaji sebagai yang terbaik kerana mendapat jaminan dalam kehidupan.

Namun bagi anak-anak kelas bawahan mereka diajar subjek biasa seperti membaca, menulis dan mengira serta kemahiran teknikal tahap rendah.

Lebih-lebih lagi sistem pendidikan pondok yang dicanangkan British sebagai diluar arus kemodenan atau arus perdana adalah tidak diakui untuk kerja makan gaji.

Graduan lepasan pondok Melayu Islam juga tidak diterima dalam perkhidmatan British dan kerajaan.

Akhirnya masyarakat Melayu dapat menerima sedikit demi sedikit ideologi sekular yang menafikan peranan agama serta menganggap kerja makan gaji sebagai prestij.

Ianya seolah menerapkan fahaman jika ingin moden maka kita perlu mengenepikan agama dalam pembangunan negara.

Taktik halus British menerapkan nilai sekuralisme bukan dalam bentuk penentangan atau kekerasan kerana mereka sangat arif dengan sikap Melayu yang pantang jika agama Islam dicabar.

Maka masyarakat Melayu telah dihegemonikan pemikiran mereka agar tunduk dan patuh dgn sistem pemerintahan golongan elit keluaran sekolah inggeris, dengan memandang sistem ini dapat memajukan mereka sebagaimana golongan elit.

Mobiliti sosial ini sukar untuk dipecahkan kesan daripada dasar pecah perintah British dalam pendidikan.

Rajinnya Melayu sampai tahap dewa pun tidak mampu mengubah nasib mereka, kerana golangan bangsawan telah awal lagi diberi prestij dan peluang yg besar dlm ekonomi serta pendidikan.

Akhirnya golongan ini ketinggalan, bila ketinggalan Melayu yang kebanyakan orang bawahan ini dikatakan pemalas.

Pemimpin Melayu asal usulnya anak-anak cucu raja dan keturunan bangsawan, golongan elit, menindas golongan bawahan, sistem yang dicipta dikuatkan dengan sokongan dan idea ulama yg diberi gaji dan pangkat agar menyokong dan membenarkan sistem kapitalis dan sekularis, pemikiran rakyat dihegemonikan agar tunduk dan patuh.

Moga bermanfaaat

Kredit : Siti Kausar Zakaria