PAS Mahu Perkasa Kerjasama MN Dan PN

Majlis Syura Ulama PAS menegaskan kepentingan untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Mursyidul Am Pas Hashim Jasin berkata langkah itu sebagai usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat Islam dan negara.

Perundingan kerusi antara parti-parti Melayu-Islam perlu dilaksanakan semaksimanya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan bagi mendapat kemenangan dengan majoriti besar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu sayap PAS itu mengadakan muzakarah yang berlangsung semalam bagi membincangkan hala tuju taawun siyasi dan misi PAS bagi PRU15.

Sebagai rekod PAS sebelum ini mewujudkan kerjasama dengan Umno melalui MN dan menyertai PN yang diterajui Bersatu yang membentuk kerajaan selepas tumbangnya kerajaan PH.

Bagaimanapun, Umno dalam perhimpunan agung tahunan sebelum ini membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, Umno bersendirian menentang PN dan PH sekali gus berjaya menguasai negeri itu.

PH sekali gus berjaya menguasai negeri itu.

Sementara itu, Hashim berkata semangat taawun siyasi dalam MN dan PN juga hendaklah sentiasa disuburkan oleh

pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu-Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan.

“Masing-masing hendaklah sentiasa berlapang dada, saling memaafkan dan mengelak dari menjadikan media terbuka termasuk media sosial sebagai medium perantaraan bagi menyelesaikan krisis dan pertikaian,” katanya.