- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoAdakah Dr Noor Hisham Ahli Freemason?

Adakah Dr Noor Hisham Ahli Freemason?

Baru-baru ini tular gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang didakwa terlibat dalam gerakan Freemason. Dakwaan itu berasal daripada gambar-gambar Noor Hisham yang memakai jubah dalam satu upacara di luar negara.

 

Freemason adalah satu gerakan konspirasi kaum Yahudi Zionis yang dikatakan menguasai dunia sejak berabad-abad lamanya dari tahun 1600.

 

Royal College of Surgeons of Edinburgh, sebuah universiti berprestij sejak abad ke-16 menafikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Hoor Hisham Abdullah terlibat dalam gerakan Freemason berikutan gambar tular yang mendakwa sebaliknya.

 

Ia berkata, gambar itu adalah majlis penganugerah Ijazah Fellowship Kehormat yang diberikan kepada Noor Hisham pada 2018.

“Penyebaran fitnah melalui media sosial dalam kalangan masyarakat masa kini semakin berleluasa dengan menyebarkan pelbagai berita dan cerita palsu berunsur fitnah.

 

“Alhamdulilah pihak Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini,” kata Noor Hisham di Twitter tengah malam tadi.

 

Kolej diraja tersebut dalam kenyataan rasmi berkata, ia menganugerahkan Fellowship Ad Hominem kepada Noor Hisham, yang merupakan antara anugerah tertinggi kolej tersebut.

 

Ketua Perhubungan Antarabangsa RCSEd, Mariette Naud-Betteridge, berkata penghargaan itu diberikan kepada bekas pengamal perubatan atau yang masih berkhidmat atau individu yang mempunyai status profesional bertaraf tinggi dan dianggap layak mendapat penghormatan.

 

“Dr Noor Hisham Abdullah dianugerahkan Fellowship Ad Hominem oleh Jawatankuasa Anugerah Kolej Diraja Pakar Bedah Edinburgh pada 12 Okt 2017.

 

“Anugerah itu diberikan secara rasmi dalam upacara yang dihadiri oleh anggota kolej dan disampaikan oleh Presiden Kolej Mike Lavelle-Jones pada 2 Feb 2018.

 

“Penerima perlu memakai gaun upacara kolej ketika upacara pemberian anugerah oleh presiden kolej,” katanya.

 

Namun begitu, masih ada pihak yang percaya penafian daripada Royal College of Surgeons of Edinburgh hanyalah satu wayang untuk menyembunyikan perkara yang sebenar. Jika anda mempunyai banyak masa melakukan penyelidikan dan mendapatkan maklumat yang sahih, anda pasti akan mendapat jawapan yang haq.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme