- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
Info4 Tips Bantu Atasi Anak Malas Belajar

4 Tips Bantu Atasi Anak Malas Belajar

Pasti anda inginkan anak anda berjaya. Sudah menjadi lumrah, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya. Anak terbentuk mengikut acuan kita, seperti kain putih kita ibubapa yang mewarnai kehidupan mereka.

Jika kita tidak rajin mendidik mereka dari kecil dan menerapkan nilai-nilai murni kemungkinan mereka akan degil dan kurang bercakap dengan kita.

Ibu bapa mana yang tidak sayang akan anak mereka sejak kecil sudah ditatang bagai minyak yang penuh.

Tapi kita kena ingat, tidak kesemua kehendak anak-anak harus diturutkan. Kadang kala kita ibu bapa kena bertegas.

 

Antara Cara Jitu Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar Adalah :

1. Buat Kerja Sekolah Bersama-Sama Anak

Ibu bapa seharusnya menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran di rumah. Ini kerana, anak-anak mungkin berasa bosan atau mereka tidak memahami tentang pembelajaran. Di sekolah, guru peneman mereka untuk menyelesaikan masalah. Apabila di rumah ibu adalah guru ke-2 untuk mendidik si anak.

2. Berikan Ganjaran Kepada Anak

Wujudkan pertandingan ketika belajar. Contohnya: jika anak-anak boleh siapkan kerja sekolah pada waktu yang singkat mereka boleh pergi bermain dengan kawan-kawan. Pujian adalah salah satu cara untuk memotivasikan si anak, berikan hadiah jika si anak mendapat markah yang baik. Pujian itu juga adalah mata ganjaran dan doa buat si anak.

Jadi pujilah jika mereka melakukan sesuatu yang membanggakan.Ingat!!Jangan lokek. Si anak akan berasa lebih dihargai dan tanpa disuruh akan mengulanginya lagi untuk menggembirakan hati ibu bapa.

3. Menjadi Sahabat Kepada Anak

Kenali masalah anak-anak dengan menjadi rakan mereka, ini lebih mudah untuk mereka berceritakan masalah yang dialami. Memberi keyakinan yang tinggi agar mereka tidak takut untuk menghadapi sebarang kesukaran atau masalah di sekolah. Selalulah memberi kata-kata semangat, dorongan dalam memotivasikan diri anak-anak anda.

4. Berdoa

Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun si anak semasa tidur. Peluk si anak sebelum dia ke sekolah sambil berselawat di dalam hati. Memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t dan mengamalkan zikir.

 

Diharap perkongsian tips anak malas belajar di dalam pelajaran ini memberi seribu satu manfaat yang bermakna untuk anda.

Sebagai orang tua anda harus bijak berbicara dengan lembut terhadap si anak kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu adalah doa buat mereka.

 

@via wom.my

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme