5 Cara Terbaik Untuk Menghilangkan Rasa Pening Akibat “Motion Sickness”

Apabila tiba masa keadaan pening itu melanda – tidak kira samada ketika anda sedang belayar ataupun ketika berada di dalam kereta untuk perjalanan yang jauh, selalunya ia adalah lebih mudah untuk mengelakkan terjadinya masalah tersebut berbanding untuk menyelesaikannya setiap kali perut anda meragam.

Untuk menghentikan keadaan “mabuk perjalanan” ini sebelum ia bermula, anda digalakkan untuk mengikuti beberapa tips berikut.

Ramai yang kini sudah mulai memperolehi keselesaan daripada tips ini kerana iia telah sekian lama berjaya membantu ramai keluarga untuk mengatasi dan mempelajari apakah masalah sebenarnya yang menghantui mereka.

apa yg ana telan

1. Perhatikan Apa Yang Anda Telan

Jangan sesekali melupakan untuk makan sarapan atau isi perut anda dahulu sebelum memulakan sebarang perjalanan. Namun begitu pastikan anda hanya mengambil makanan yang tidak berasid seperti roti bakar, telur ataupun salad.

Anda juga harus sentiasa beringat untuk membawa bersama air halia dan “sparkling water” sebagai bekalan jika anda mengalami keadaan perut yang tidak selesa.

dramamine

2. Cuba Ubatan Berikut

Ubat-ubatan Meclinize seperti Dramamine boleh membantu mengurangkan interaksi antara telinga dan dan minda oleh itu ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kebarangkalian anda mengalami mabuk laut.

Andai anda mahu mengambil sebarang ubat, adalah digalakkan untuk anda mengambilnya sekurang-kurangnya satu jam sebelum anda memulakan perjalanan. Sesetengah ubatan lebih berkesan jika diambil pada malam sebelum perjalanan.

homeopati

3. Pertimbangkan Bantuan Homeopati

Gelang tangan yang memiliki bebola tekanan dikatakan cukup mujarab dalam membantu mengurangkan masalah “mabuk perjalanan”. Gelang ini menyambungkan poin tekanan yang terletak di atas pergelangan tangan anda dan di dalam lengan anda.

Oleh kerana ia menyambungkan diafragma anda dan juga perut, ia adalah tempat yang kerap mencetuskan rasa tidak selesa yang menyebabkan pening dan muntah.

kaki langit

4. Sentiasa Memandang Kaki Langit

Tidak kira walau di mana pun anda berada samada di darat atau di laut, sentiasa memandang pada kaki langit atau panorama yang mengelilingi anda sedikit sebanyak boleh membantu menghalang rasa pening dan loya.

langkah lain

5. Antara Langkah Lain

Jangan duduk membelakangi destinasi. Ini akan menyebabkan kekeliruan pada minda ketika ia ingin mula menyesuaikan diri dengan apa yang ia nampak dan apa yang ia rasa.

Jika anda sedang menaiki bot pula, cuba elakkan dari duduk terlalu dekat dengan ekzos bot kerana ia boleh menyebabkan pening.

Latest article

More article