- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
Info5 Jenis Kategori Lelaki Masa Kini

5 Jenis Kategori Lelaki Masa Kini

1. Heteroseksual

Heteroseksual merupakan kategori lelaki yang mendominasi peratusan lelaki seantero dunia.

Lelaki dalam kategori ini mempunyai minat yang normal iaitu pada jantina yang berbeza (wanita).

Dari segi penampilan, lelaki heteroseksual digambarkan sebagai tidak cerewet, hanya memakai pakaian mengikut rutin serta hanya segelintir lelaki daripada kategori ini yang mementingkan penjagaan diri dari atas ke bawah.

Lelaki heteroseksual juga mengamalkan rutin hidup dengan cara yang betul dengan tidak melakukan hubungan seks songsang.

2. Metroseksual

Lelaki metroseksual merupakan lelaki yang mementingkan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Golongan lelaki jenis ini juga menggemari penggayaan fesyen pakaian serta kesihatan diri.

Lelaki metroseksual gemar menonjolkan diri melalui pemakaian serta penjagaan tubuh badan.

Mereka juga bersifat terbuka jika berbicara mengenai penjagaan diri, fesyen serta penampilan malahan ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan diri agar tampak kacak dan bergaya serta tidak segan silu untuk mendapatkan perkhidmatan di spa.

Istilah metroseksual juga turut dikait kan dengan istilah homoseksual yang mempunyai persamaan dari segi penampilan serta sikap ingin menonjolkan diri.

Pada masa kini juga, peratusan lelaki metroseksual semakin bertambah kerana mereka sudah mementingkan penjagaan diri serta fesyen.

Tapi tidak semua lelaki metroseksual bersifat homoseksual.

3. Uberseksual

Uberseksual adalah kategori lelaki yang mempunyai fikiran terbuka serta berpandangan jauh.

Dari segi fizikal, lelaki uberseksual mempunyai persamaan dengan heteroseksual.

Uberseksual lebih mementingkan nilai tujuan serta prinsip dalam melakukan sesuatu.

Golongan ini akan meluangkan lebih banyak masa untuk memikirkan sesuatu yang berfaedah seperti mengembangkan bisnes dan memantap kan kerjaya berbanding perkara remeh.

Lelaki uberseksual juga melayan dan menghormati wanita secara sama rata tetapi menganggap lelaki dan wanita sebagai kawan baiknya.

Dari segi fizikal, uberseksual mempunyai naluri serta sifat maskulin yang tinggi.

Uberseksual bersifat lebih sensual tidak terlalu obses pada diri sendiri malah ghairah pada perniagaan, politik serta hal ehwal dunia.

4. Biseksual

Lelaki dalam kategori biseksual merupa kan golongan lelaki yang tertarik kepada kaum perempuan dan juga lelaki.

Golongan lelaki yang ditegah oleh agama ini kebiasaannya dikaitkan dengan kecelaruan seksologi kerana cenderung kepada kedua-dua jantina.

Kecenderungan sek sual bagi lelaki biseksual adalah berada di antara hetero seksual kepada homoseksual.

Ini bermaksud seseorang itu mungkin heteroseksual tetapi mempunyai sedikit perasaan homoseksual atau sebaliknya.

Dari segi fi zikal, lelaki biseksual boleh ditemui dalam keadaan ‘lelaki’ atau berperwatakan sedikit lembut.

Lelaki biseksual juga mempunyai persamaan dengan metroseksual kerana mementingkan penampilan diri serta penjagaan kulit.

5. Homoseksual

Biar melakukan dosa besar namun hakikatnya golongan lelaki homoseksual atau golongan pencinta kaum sejenis ini semakin ramai dalam masyarakat hari ini.

Berbeza dengan golongan heteroseksual, lelaki homoseksual mudah tertarik kepada kaum Adam dan merasakan diri mereka seolah-olah dibayangi dengan naluri perempuan yang memerlukan lelaki sebagai teman hidup.

Fizikal golongan homoseksual terdiri daripada perwatakan lembut dan juga perwatakan seperti lelaki heteroseksual.

Tidak semua lelaki berperwatakan lembut bersifat homoseksual kerana selera seks mereka ada yang terarah kepada wanita.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme