- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
Sihat5 Makanan Untuk Mengatasi Masalah Uban

5 Makanan Untuk Mengatasi Masalah Uban

Helai-helai rambut putih atau uban akan muncul bila usia kita semakin tua. Namun, ada juga uban yang tumbuh lebih awal pada usia yang masih muda.

Uban yang muncul pada usia muda ini boleh jadi petanda bahawa anda kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.

Mewarnakan uban dengan inai atau pewarna menjadi salah satu cara untuk melindungi masalah rambut ini namun melakukannya terus menerus sudah tentu memenatkan dan kurang baik baik kesihatan rambut.

Tapi ada lagi satu cara mengatasi masalah uban ini iaitu dengan meningkatkan nutrisi tubuh.

Berikut adalah jenis makanan yang mampu memberi khasiat pada rambut dan mengelakkan timbulnya uban pada usia muda.

1. Sayuran hijau

19-greenveggies

Pengambilan sayur berwarna hijau pekat untuk mendapatkan khasiat vitamin B adalah penting. Kulit kepala memerlukan vitamin B-6 dan B-12 untuk menghasilkan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen serta nutrisi.

Warna rambut juga berkaitan dengan hormon dan vitamin B-2 memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon.

2. Coklat

coklat

Unsur dalam coklat diperlukan untuk menghasilkan melanin, sumber warna rambut. Selain itu anda boleh memperoleh zat yang sama dalam kacang dal atau cendawan.

3. Salmon

salmon

Ikan salmon ini memang baik untuk kesihatan termasuk rambut. Unsur selenium dalam salmon membantu menghasilkan hormon yang penting bagi rambut. Proses ini juga membantu mineral memerangi radikal bebas yang mengakibatkan kemunculan uban.

4. Buah beri

beri

Buah-buahan jenis beri, terutama strawberi mampu meningkatkan penyerapan vitamin C yang membantu penghasilkan kolagen selain memerangi radikal bebas.

5. Almond

tr

Anda juga makan kacang almond sebagai kudapan mendapat khasiat vitamin E. Di samping itu almond juga bermanfaat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.

 

Semua makanan ini bukan saja baik untuk rambut malah berkhasiat untuk kesihatan tubuh juga, jadi tak rugi jika mengamalkannya.

 

@via vanillakismis.my

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme