5 Petanda Yang Menunjukkan Anda Bakal Menghidapi Kanser

Jika anda menjumpai sebarang pembengkakan di tubuh anda yang selama ini tiada – tentu anda akan berasa takut bukan? Itu adalah petanda awal yang mungkin menunjukkan anda mengidap kanser.

Jika ada sesuatu simptom itu berpanjangan hingga 2 – 3 bulan maka anda harus segera mendapatkan rawatan doktor untuk itu.

Berikut adalah beberapa petanda yang anda harus ambil peduli untuk melindungi anda dari bahaya kanser.

1-mole

1. Cara Tahi Lalat Anda Kelihatan

Kanser kulit melanoma yang boleh membawa maut ini boleh menyerang seseorang tak kira umur pada bila-bila masa sahaja.

Saksikan jika ada perubahan yang berlaku pada kulit anda jika anda kerap berada di luar – dapatkan rawatan doktor jika ada tahi lalat yang pelik di kulit anda.

2-cough

2. Batuk Yang Berterusan

Batuk yang tidak berkesudahan boleh mengakibatkan kanser paru-paru – utamanya jika anda adalah perokok tegar. Suara yang serak juga boleh menandakan anda memiliki petanda kanser leher.

Kanser leher dan kepala adalah semakin meningkat oleh itu kita seharusnya berjaga-jaga mulai dari sekarang.

3-lump

3. Benjolan Yang Sukar Ditafsir

Anda tentu perasan jika ketika anda mengalami demam ada sesetengah sendi di leher anda akan berbenjol. Namun begitu lain ceritanya jika ia tidak hilang selepas berbulan.

Begitu juga jika anda mendapati benjolan pada buah pelir anda – kerana ia menandakan kemungkinan awal kanser prostat.

6-weightloss

4. Hilang Berat Badan

Jika anda mendapati anda kehilangan berat badan secara mendadak tanpa berdiet atau bersenam – maka ia menandakan kewujudan kanser hati atau kolon.

Ini adalah apabila kanser melepaskan kompaun yang mengubah metabolisma anda dengan cara yang kompleks – mengurangkan kebolehan badan anda untuk menggunakan protein dan kalori.

7-pain

5. Kesakitan Berpanjangan

Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengenalpasti bila belakang dan dada anda berasa sakit – iaitu apabila bermain golf dan bersenam.

Kurangkan aktiviti tersebut dan cuba lihat kembali adakah kesakitan itu masih ada – jika ya ia adalah masa untuk berjumpa dengan doktor.

Latest article

More article