- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
Info5 Tips Romantis Memikat Hati Isteri

5 Tips Romantis Memikat Hati Isteri

Kebelakangan ini berlaku banyak kes-kes penceraian terutama sekali dalam kalangan selebriti tanah air.

Lebih mengejutkan terdapat artikel yang mengeluarkan statistik dan punca-punca penceraian dan punca-punca yang disenaraikan sangatlah tidak masuk akal untuk dijadikan penyebab runtuhnya sesebuah institusi rumah tangga. Di mana silapnya?

Seringkali kita dengar kehadiran orang ketiga yang mengganggu-gugat kebahagiaan suami isteri sehingga menjadi punca perpisahan.

 

5 Tips Romantis Memikat Hati Isteri

Sebagai seorang suami terutamanya, lelaki hari ini perlu bijak memikat hati isteri dan menyemarakkan kembali api cinta seperti malam pertama.

Berikut terdapat 5 tips ‘super’ romantis untuk mengikat kaki isteri di rumah agar tidak keluar mencari yang lain!

 

seduire_un_homme

1) Berhias Untuknya

Ramai suami lupa untuk terus menjaga penampilan diri setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

Jika sebelum berkahwin berhias bagaikan Bratt Pit semasa ‘dating’! Kenapa tidak teruskan amalan berhias itu untuk isteri, meskipun di rumah sendiri?

Masakan sang isteri tidak tergoda dengan kehadiran lelaki gagah di rumah apabila pulang bekerja. Sekali sekala belanjakan wang membeli pakaian baru dan seksi dan berhias khas untuk isterimu. Apa salahnya berbelanja sedikit untuk memikat hati isteri, bukan?

 

 

decoration-for-candle-light-dinner

2) Berikan Suprise

Setelah penat seharian bekerja, bayangkan betapa berbunga hati sang isteri apabila pulang ke rumah dihadiahkan dengan kejutan istimewa daripada sang suami. Tidak perlu berbelanja mewah, cukup sekadar membeli sejambak bunga ataupun menyediakan ‘Candle Light Dinner’ di rumah untuknya.

Hias seluruh rumah dengan lilin aroma terapi dan pimpin tangannya ke meja makan dengan senyuman yang manis dan menawan.

Mungkin ini dapat membuatkan sang isteri lupa pada stress di tempat kerjanya dan merasa sangat bahagia di rumah.

 

 

2015-02-f04336174e1ab6cb3729aacb7655f94d-1

3) Semarakkan Debaran Malam Pertama

Masih ingatkah anda debaran ketika malam pertama? Sewaktu kali pertama dikucup dahi olehnya?

Jadi, mengapa tidak menghidupkan kembali suasana penuh cinta tersebut? Sekali sekala, ambil cuti pada hari minggu semasa  anak-anak ke rumah pengasuh dan luangkan masa berdua seperti di awal perkahwinan.

Beli pakaian untuk memikat hati suami dan hidupkan kembali api cinta malam pertama!

 

 

romantic-couple-on-caribbean-vacation

4) Luangkan Masa Berkualiti Bersama

Sekali-sekala bertemu-janji macam zaman bercinta kan seronok. Walaupun kehidupan harian yang sibuk mungkin tidak memberikan ruang kepada anda, cari cara untuk menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama.

Berjalan-jalan romantis di taman, atau hanya duduk berdua di beranda rumah berdua untuk melihat bintang-bintang.

Atau sekali sekala rancang janji temu seperti sewaktu bercinta untuk mengimbau saat indah dahulu bersama-sama.

 

 

 

o-RELATIONSHIP-facebook-1024x512

5) Duduk Dan Berbincang

Di dalam sesuatu perhubungan, masalah dan gelodak tidak dapat dihindarkan.

Daripada bertikam lidah dan meninggi suara, baiklah jika anda duduk dan berbincang dengan tenang untuk sama-sama mencari penyelesaian. Tanyakan pendapat darinya dan pertimbangkan pendapat satu sama lain.

Kunci untuk sebuah perhubungan yang kekal dan harmoni adalah sentiasa bertolak ansur atau ‘give and take’.

 

 

Tidak Perlu Tunggu Hari Istimewa Untuk Memikat Hati Isteri

Jangan kekok untuk memulakan langkah memikat hati isteri. Kadangkala kita terlalu sibuk dengan urusan masing-masing sehingga lupa untuk menghargai suami di depan mata. Maklumlah, banyak kerja rumah dan anak-anak yang semakin membesar untuk diuruskan.

Tolak tepi urusan lain buat seketika, kerana itu semua tidak mungkin akan pernah siap!

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme