- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
Sihat5 Tips Untuk Kurangkan Sakit Lutut, Kembali Aktif!

5 Tips Untuk Kurangkan Sakit Lutut, Kembali Aktif!

“Kasihannya tengok emak, susah nak berjalan sekarang. Nak solat pun terpaksa solat duduk. Apa agaknya yang boleh dibuat untuk kurangkan sakit lutut ya?”

Sakit lutut biasanya disebabkan faktor umur, masalah otot dan tisu, kecederaan, radang, masalah kesihatan, arthritis dan berat badan berlebihan. Ia boleh terjadi pada semua orang tidak kira peringkat umur, namun kaum hawa lebih banyak menghadapi masalah ini.

Walaupun ia biasa terjadi kepada orang tua, namun kini orang muda seawal 30-an pun sudah ada yang menderita. Ia akan menyukarkan kita berjalan dan sekaligus melumpuhkan pergerakan kita serta menghalang kita daripada melakukan kerja-kerja harian.

 

Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan sakit lutut ini?

1. Buat senaman kardio

Senaman seperti berjalan, berenang dan aerobik air menguatkan otot-otot sekitar lutut dan meningkatkan fleksibiliti.

Stretching dan Tai Chi juga dapat membantu kurangkan sakit lutut dalam jangka masa panjang.

taichi-park

2. Balut lutut

Balut lutut dengan bandage yang sesuai. Ia dapat mengurangkan sakit pada otot dan tisu sekitar lutut.

Anda juga boleh mendapatkannya pembalut lutut jenis sarung di farmasi. Jenis ini adalah yang lebih mudah dipakai.

knees

3. Tuam ais

Jika lutut bengkak, letak ais dalam tuala dan letak pada lutut untuk kurangkan bengkak dan sakit.

Tuamkan buat beberapa ketika dan anda akan merasa hasilnya sejurus selepas itu.

kurangkan-sakit-lutut-3

4. Jaga berat

Badan yang berat boleh memberi tekanan pada otot lutut.

Sebaiknya, kurangkan sedikit berat badan dengan diet yang betul agar lutut boleh menampung berat badan.

diet

5. Guna alat bantuan

Jika sukar berjalan, guna alat bantuan seperti tongkat untuk mudahkan pergerakan. Terutamanya apabila anda berhasrat untuk berjalan jauh seperti membeli-belah di pasaraya atau mengikuti rombongan beramai-ramai.

bantu berjalan

 

sumber

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme