- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoAdakah Anda Dihalang Dari Ke Luar Negara? Cek Status Anda Di Sini

Adakah Anda Dihalang Dari Ke Luar Negara? Cek Status Anda Di Sini

Anda sudah menantikan berbulan lamanya untuk pergi bercuti di luar negara. Pakaian baru sudah dibeli. Tempat duduk di dalam pesawat sudah terpilih. Anda sudah dapat melihat deruan ombak dan hembusan bayu laut mencium pipi.

Tiba di lapangan terbang anda terkejut kerana dihalang dari keluar dari negara atas alasan tertentu. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku ada baiknya anda memeriksa status boleh keluar negara ataupun tidak sebelum duit hangus begitu sahaja.

Ini boleh anda lakukan dengan melayari laman Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia. Anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad anda ke dalam kotak yang disediakan.

Tekan butang semak. Jawapan akan diterima dengan pantas. Sekiranya tiada halangan, laman akan memberikan status “Tiada halangan”.

Kepada yang risau dihalang keluar dari negara akibat hutang semasa belajar ataupun bersalah mencerca kerajaan (boleh dihalang keluar negara selama tiga tahun), ini laman yang perlu disimpan di dalam senarai favourite pada pelayar web.

Layari Laman Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia

 

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme