- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoAdakah Ini Punca PM Cirit-Birit?

Adakah Ini Punca PM Cirit-Birit?

Berita terkini melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dimasukkan ke hospital setelah mengalami cirit-birit sejak semalam. Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan ringkas pagi ini.

 

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengalami diarea sejak semalam.

 

“Sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” kata kenyataan tersebut.

 

Berita itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang meninggalkan komen mendoakan agar Perdana Menteri cepat sembuh dan dapat memulakan tugas-tugas beliau secepat mungkin.

 

Namun kenyataan tersebut turut mengundang jenaka dan troll di kalangan rakyat dan laman Facebook politik.  Kenyataan itu dilihat sebagai tidak profesional dan tidak perlu, malah merosakkan reputasi kepimpinan Perdana Menteri.

 

 

Ada yang mempersoalkan adakah PM benar-benar cirit birit atau hanya alasan untuk mengelak daripada pertemuan mingguan dengan YDPA Agong pada setiap hari Rabu sebelum memulakan mesyuarat kabinet.

 

 

Jika benar PM ingin mengelak menghadap YDPA Agong, apakah puncanya? Seorang pengguna FB, Reza Zainal memuatnaik kenyataan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang menyokong kenyataan YDPA supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin sebelum 1 Ogos, sebagai punca masalah kesihatan PM.

 

 

Rata-rata agensi berita dunia juga turut melaporkan berkenaan penyakit cirit-birit yang dialami Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sejak semalam.

 

Agensi berita Reuters melaporkan kenyataan Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun tidak memberikan perincian lebih lanjut berkenaan Mahiaddin yang dimasukkan ke hospital pagi tadi.

 

The Straits Times turut melaporkan Mahiaddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah didiagnosis menghidap kanser pankreas pada 2018.

 

“Dia dinyatakan bebas kanser pada bulan Jun tahun lalu, menurut pernyataan sebelumnya dari pejabatnya,” lapor agensi berita itu. Situasi kesihatan Muhyiddin juga dilaporkan oleh media lain seperti The Edge Markets dan The Times of India.

 

Sama ada ia benar-benar cirit-birit secara klinikal atau emosi, hanya Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sahaja yang tahu. Semoga Perdana Menteri diberikan kesembuhan yang cepat supaya dapat menjalankan semula tugas-tugas yang tergendala.

 

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme