Apa Itu Hernia atau Angin Pasang

Hernia ialah penyakit yang berlaku apabila terjadinya suatu benjolan tidak normal bagi organ dalaman melalui pembukaan normal atau tidak normal. Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia.

Hernia atau disebut juga sebagai angin pasang, burut atau pasang surut lebih dikenali sebagai penyakit lelaki, kerana hanya orang lelaki mempunyai bahagian khusus dalam rongga perut (abdomen) untuk mendukung fungsi alat kelaminnya.

Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric (bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernia (pada umbilicus).

Pasang surut berlaku apabila otot (muscles) yang berada di antara perut dan peha itu menjadi lemah, samada memang telah lemah sejak dari lahir atau menjadi lemah apabila umur telah meningkat.

Beberapa faktor telah dikesan yang menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah, antaranya ;

1.Seseorang itu sering batuk terutamanya seorang perokok. Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ2 dalam tubuh kita. Tekanan yang tinggi menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk bonjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar.

2.Seseorang itu sering melakukan kerja2 yang berat seperti mengangkat barang2 yang berat dan apa2 sahaja pekerjaan yang melibatkan seseorang itu sering membongkok dan berdiri tegak semula.

3.Seseorang itu sering meneran ketika ingin membuang air besar dan ini berlaku mungkin disebabkan sembelit.

4.Berkemungkinan sejak lahir, otot di kawasan tersebut sudah bermasalah dan menjadi lemah.

5.Berat badan yang berlebihan.

Jenis-Jenis hernia

a) Hernia di kelangkang (Groin hernia)
b) Hernia selepas pembedahan (Incision hernia)
c) Hernia di pusat (Umbilical hernia)
d) Hernia atas pusat (Epigastrik hernia)
e) Hernia inguinal

Hernia inguinal banyak berlaku dan boleh dibahagikan kepada dua iaitu indirect, hernia kongenital yang berlaku sejak lahir. Dianggarkan 800 hingga 1,000 dalam satu juta penduduk lelaki menghidap hernia jenis ini. Indirect boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan empat kali ganda lebih kerap ditemui berbanding direct hernia.

Direct pula ialah hernia yang dihidapi hanya orang dewasa. Kebanyakan pesakit ialah lelaki berusia 40 hingga 60 tahun. Ada pesakit menghidap jenis inguinal hernia campuran direct dan indirect.

Gejala dan tanda-tanda angin pasang ialah terasa mual di bahagian hernia dan ingin muntah, rasa ngilu yang amat keras, terdapat benjolan di lokasi hernia,perut kembung disertai dengan mual dan muntah, jika berbaring benjolan hernia mula hilang.

Untuk rawatan hernia ataupun pasang surut, sebaiknya berjumpa dengan doktor agar rawatan dapat dikendalikan dan di rawat.

Latest article

More article