- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoApa Penyakit Eina Azman Yang Melayakkannya Dapat Vaksin Lebih Awal?

Apa Penyakit Eina Azman Yang Melayakkannya Dapat Vaksin Lebih Awal?

Pelakon Eina Azman menegaskan kepada netizen bahawa dia memang mempunyai masalah kesihatan, yang melayakkan dia mendapat vaksin lebih awal daripada orang lain yang telah mendaftar terlebih dahulu.

 

Walaubagaimanapun Eina tetap enggan berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai apakah penyakit yang dihidapinya itu kerana menganggap ia “terlalu peribadi” untuk dikongsi dengan netizen.

 

Eina berkata masalah kesihatan yang ditanggungnya itu hanya dimaklumkan kepada beberapa beberapa individu terdekat saja.

 

“Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja,” tulisnya di Instagram.

 

Isu tersebut tular apabila Eina berkongsi gambar dia dan suaminya mendapatkan vaksin di sebuah hospital di Ipoh, gambar semasa disuntik dan selepas divaksin dengan memegang sepanduk “saya telah divaksin”. Namun, posting itu dipadam sejurus tular dan mengundang kecaman hebat.

 

Netizen mempersoalkan apakah kelayakan Eina dan suaminya sehingga mereka berjaya memotong giliran individu yang berisiko tinggi termasuk warga emas dan golongan kurang upaya termasuk yang telah mendaftar lebih awal.

 

 

 

Kenyataan Eina disokong Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Dr Abdul Malek Osman yang menafikan pasangan tersebut memotong giliran bagi menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 25 Mei lalu.

 

Dia memberitahu pasangan tersebut dirujuk ke hospital terbabit oleh doktor pakar yang merawat mereka atas alasan penyakit dan komorbid yang dihadapi.

 

Warganet turut mendakwa Eina dan suaminya itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa dari 25 Mei hingga 7 Jun ini.

 

Susulan itu, Eina, memohon maaf sekiranya perkongsiannya itu menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak.

 

“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.

 

“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Justeru, saya memadam posting daripada paparan Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada menjadi rumit.

 

“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham,” katanya.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme