- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoAwas! Happy Hypoxia Pembunuh Senyap

Awas! Happy Hypoxia Pembunuh Senyap

Di tengah-tengah wabak yang sedang melanda, orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada dengan kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, ‘Happy Hypoxia’ dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.

 

Menurut Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur,  hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan pada otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera.

 

Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

 

“Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.

 

“Kita juga akan melihat pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukarannya bernafas,” katanya.

 

Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

 

“Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil ‘Happy Hypoxic’.

 

“Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

 

“Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia,” katanya.

 

Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, ‘Pulse Oximeter’ kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

 

“Bagi pesakit Covid-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap virus mula menunjukkan kesannya di paru-paru.

 

“Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

 

“Jadi, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena ‘Happy Hypoxia’ ini, pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli ‘Pulse Oximeter’ di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus,” katanya.

 

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan, Happy Hypoxia mula dikesan menyerang segelintir pesakit Covid-19 di negara ini hasil pemerhatian klinikal yang dibuat kebelakangan ini.

 

Tidak hanya di Malaysia, gejala ini yang kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda turut berlaku dilaporkan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme