- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoBagaimana Untuk Seorang Lelaki Kelihatan Seksi Di Mata Wanita

Bagaimana Untuk Seorang Lelaki Kelihatan Seksi Di Mata Wanita

Anda takut jika wanita tidak mempedulikan diri anda? Apakah anda tahu bahawa anda harus meningkatkan keyakinan diri untuk memastikan wanita mulai memandang diri anda? Tips tentang cara menjadi seksi berikut ini mungkin akan membawa seni memikat wanita anda ke tahap yang berikutnya.

Menjadi seksi itu bukanlah dengan melampau seperti sering mendedahkan tubuh anda di samping wanita ataupun menunjukkan aksi ghairah sepanjang masa. Definisi seksi itu sangat luas malah pada pandangan wanita juga seksi itu cukup subjektif untuk dibincangkan berbanding dengan lelaki yang begitu mudah.

Mana tahu daripada selama ini anda seperti mengemis perhatian mereka, kini mereka pula yang akan bersaing untuk mendapatkan perhatian anda.

1. Perbaiki gaya anda berpakaian.

Gunakan pakaian yang bergaya dan jika seblehnya padan pada bentuk tubuh badan anda dengan baik. Pilihlah warna yang sesuai dengan rambut, mata dan warna kulit anda. Pilih jenis pakaian yang memperlihatkan susuk anda terutamanya jika anda jenis yang memiliki tubuh yang kurus. Warna yang separa gelap juga sesuai untuk digayakan dan elakkan yang terlalu terang.

2. Pergilah ke pusat kecergasan.

Anda tidak perlu untuk memiliki penampilan yang tidak ubah seperti binaragawan, tetapi anda juga perlu memiliki badan yang fit dan menarik jika anda ingin menjadi seksi. Gabungkan senaman bercorak kardio dengan latihan kekuatan untuk membentuk tubuh badan yang tentunya akan dicintai oleh wanita di luar sana.

3. Pastikan anda sentiasa wangi.

Tentu saja anda tidak perlu sampai menyiramkan seluruh wangian tersebut ke tubuh anda, tetapi anda haruslah mandi, di samping menggunakan deodoran yang wangi dan menyegarkan nafas anda. Tidak kiralah walaupun sekacak mana atau sehebat mana tubuh anda, jika anda sering berbau seperti keringat atau memiliki nafas yang kurang enak, anda akan kesepian.

4. Latihlah postur yang baik.

Seorang lelaki yang cara berdirinya tegak akan menampakkan tahap kepercayaan diri mereka, sementara yang bongkok menunjukkan bahawa dia tidak selesa dan berasa gelisah. Mengembangkan postur yang baik akan memberikan kesan bahawa anda yakin dengan penampilan anda yang menarik, yang juga akan mempengaruhi wanita untuk beranggapan sedemikian.

Namun begitu janganlah disalah gunakan tips ini untuk menjadikan anda kaki perempuan kerana percayalah wanita tidak mempercayai lelaki yang bersikap sedemikian. Hati-hati agar anda  tidak mendapatkan reputasi sebagai playboy. Wanita akan menjauhi anda sekiranya mereka beranggapan bahawa anda ini tidak boleh untuk dipercaya.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme