- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoBahaya Darah Pekat Dalam Tubuh Dan Cara Untuk Mengatasinya

Bahaya Darah Pekat Dalam Tubuh Dan Cara Untuk Mengatasinya

Darah merupakan cairan dalam tubuh yang terdiri daripada sel dan plasma darah. Plasma memenuhi 55% daripada tubuh yang terdiri daripada 90% air. Darah menjadi pekat apabila ia mudah membeku dan keadaan ini dipanggil sebagai ‘hiperviskositi’. Kepekatan darah ini boleh diukur dengan peningkatan hematokrit (Ht) atau peningkatan kadar komponen plasma yang lain.

Ada beberapa keadaan di mana darah di dalam badan boleh menjadi pekat dan keadaan ini boleh menjurus kepada beberapa jenis penyakit. Oleh itu, darah kental tidak boleh dianggap remeh, alasannya kerana darah yang pekat tidak dapat mengalir ke seluruh tubuh akibatnya adalah darah yang pekat itu boleh menghambat aliran darah di dalam tubuh.

Darah pekat adalah berbeza dengan darah beku, darah beku diperlukan ketika badan kita terluka dan menghentikan pendarahan yang berlaku. Manakala, darah pekat pula membahayakan kesihatan, sebab darah kental merupakan penyebab dari berbagai macam penyakit yang kronik.

Berikut adalah gejala darah pekat iaitu sakit mata, sakit kepala/pening, badan menjadi lemas, migrain, mudah mengantuk dan mengalami gejala anemia (kehilangan darah dalam jumlah yang besar).

Perkara-perkara berikut adalah antara punca yang menyebabkan darah menjadi pekat:

1. Alkohol
Antara salah satu sebab alkohol diharamkan dalam Islam adalah kerana ia sebenarnya tidak baik untuk peredaran darah dan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Ini kerana alkohol boleh mengalahkan kandungan air yang ada di dalam tubuh. Semakin kerap seseorang meminum alkohol, semakin cepat dia akan dehidrasi. Keadaan dehidrasi tersebut akan menjadi penyebab utama mengapa darah menjadi pekat. Hindari pengambilan alkohol jika anda tidak ingin darah menjadi pekat dan terhindar dari berbagai jenis penyakit kronik.

2. Kurang minum air masak
Kesan kurang minum air putih boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Air putih baik untuk menjaga kesihatan dan juga stamina tubuh. Jika anda ingin melakukan aktiviti-aktiviti berat dan memerlukan tenaga yang banyak, anda perlu mengimbanginya dengan meminum air putih yang cukup. Minuman yang baik diminum setiap hari adalah air putih namun, kesalahan orang saat ini adalah mereka banyak yang memilih meminum teh dan kopi yang ada di meja mereka dibandingkan dengan meminum air putih.

3. Merokok
Zat nikotin pada rokok boleh menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar, darah yang tidak lancar dialirkan akan bergumpal dan menyebabkan pengentalan darah. Oleh sebab itulah hindarilah merokok dan meminum-minuman keras agar terhindar dari darah menjadi pekat.

4. Kurang bergerak
Kurang bergerak salah satu punca darah pekat. Orang yang bekerja di ofis biasanya kurang bergerak dan kebanyakkannya hanya duduk dan menghadap laptop. Keadaan ini boleh menyebabkan aliran darah menjadi tidak lancar dan menjadi penyebab darah pekat. Oleh itu, dinasihati jika anda kerja di pejabat, imbangilah dengan senaman yang cukup ketika berada di rumah atau ketika waktu lapang.

5. Kolesterol
Orang yang menderita kolesterol tinggi cenderung untuk mendapat darah yang pekat. Oleh itu tidak hairan jika penderita kolesterol boleh dijangkiti pelbagai jenis penyakit kronik berkaitan salur darah (kardiovaskular) seperti sakit jantung dan angin ahmar (stroke).

6. Kerosakan Endotel
Yang menjadi penyebab darah menjadi pekat adalah kerosakan endotel iaitu bahagian darah yang berfungsi untuk membekukan darah jika terjadi luka atau pendarahan. Jika endotel rosak, trombosit dengan lainnya akan saling melekat sehingga risiko darah menjadi pekat dan susah untuk dialirkan.

7. Pola Makan
Sebanyak 60 peratus penyebab kepekatan darah adalah disebabkan pola makan yang tidak teratur. Pola makan yang tidak teratur iaitu kurang makan sayur-sayuran dan makanan berkhasiat boleh menyebabkan seseorang berhadapan dengan darah pekat.

8. Tekanan
Tekanan juga boleh menyebabkan pemekatan darah. Ini kerana, tekanan menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan darah menjadi tidak lancar untuk dialirkan. Darah yang tidak boleh dialirkan itu akan menjadi pekat dan saling melekat satu sama lainnya.

9. Genetik
Jika anda memiliki sejarah keluarga yang memiliki penyakit darah pekat, maka anda berisiko untuk terkena penyakit darah pekat tersebut. Bukan itu saja, jika anda membawa virus penyebab hepatitis yang diwarisi daripada ibu bapa maka anda cenderung untuk terkena penyebab darah pekat dalam tubuh.

Terdapat beberapa langkah untuk menipiskan kepekatan darah dalam badan iaitu dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak mengandung vitamin K dan E , dan juga buah buahan yang banyak mengandungi enzim bromelain seperti nenas, tomato, manggis, anggur, kiwi dan halia.

Salah satu jenis makanan yang sudah terbukti dapat mencairkan darah pekat adalah cuka epal. Cuka epal mampu mencairkan darah pekat kerana mengandungi kalium yang mampu memecah lemak dan protein dalam darah. Selain itu, dengan mengambil cuka sider epal juga dapat menyekat penghasilan hormon angiotensisn II yang menyebabkan penyempitan arteri dengan menambah cuka epal sider ke dalam makanan.

Bawang putih juga mempunyai keupayaan untuk menipiskan darah likat dan di pasaran terdapat banyak makanan tambahan bawang putih yang dijual. Walau bagaimanapun, kita perlu berhati-hati agar tidak berlebihan dalam pengambilan makanan tambahan bawang putih. Hal ini kerana, ia boleh membawa kepada interaksi dengan darah penipisan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan pendarahan.

Namun cara terbaik adalah dengan meminum air putih yang banyak dengan memenuhi kadar air pada tubuh sudah semestinya dapat membantu mencairkan darah secara semulajadi. Pengambilan yang terbaik adalah sebanyak 8 gelas air mineral setiap hari.

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme