- Advertisement -Newspaper WordPress Theme
InfoBeli Gajet Untuk Anak Belajar? Kami Tak Mampu...

Beli Gajet Untuk Anak Belajar? Kami Tak Mampu…

Bagi sebuah keluarga di Kampar, proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan kepada pelajar-pelajar sekolah semenjak Perintah Kawalan Pergerakan terhalang akibat kemiskinan. Itulah masalah yang dihadapi Baharin Young Ghazali, 52 kerana gajinya sebagai tukang rumah tidak sebesar mana untuk membeli gajet atau peralatan untuk setiap anaknya mengikuti sesi PdPR dengan lebih selesa.

 

Beliau hanya mampu meraih pendapatan sekitar RM800 sebulan melalui kerjanya sebagai tukang rumah untuk tiga anak yang masih bersekolah mengikuti PdPR. Isterinya, Nor Azizah Nordin, 47, berkata, jika diikutkan hasrat hati dia pasti mahu membeli komputer riba untuk setiap anak namun akur kerana suaminya tidak berkemampuan.

 

Ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, tiga lagi anaknya, Nur Zatul Athirah, 16; Muhammad Haris Hakim, 14, dan Muhammad Zhafran Hakim, 8, terpaksa belajar secara PdPR dengan kemudahan gajet yang terhad. Katanya, mujur anak pertama, Nor Azimah Baharin, 26, anak ketiga, Muhammad Hakimi Baharin, 22, dan anak keempat, Nur Zatul Amirah Baharin, 21, telah bekerja dan membantu keperluan mereka.

 

“Dua anak lelaki akan berkongsi telefon saya secara bergilir-gilir untuk menerima modul latihan yang dihantar guru masing-masing tetapi apabila kelas mereka berjalan serentak, salah seorang daripada mereka terpaksa tidak hadir ke kelas.

 

“Kami juga terpaksa me­nambah perbelanjaan sehingga RM100 sebulan untuk membeli data internet dan membayar peranti internet untuk kedua-dua telefon bagi memastikan anak-anak dapat mengikuti PdPR,” katanya di rumahnya di Perumahan Awam II, Malim Nawar, Kampar.

 

Menurut Nor Azizah, ba­gai­manapun kekurangan itu tidak menghalang anak-anaknya me­ngikuti PdPR malah dia sentiasa memberi sokongan dan memantau anak-anaknya semasa sesi PdPR. “Saya tidak mahu anak-anak tercicir dalam pelajaran mereka,” katanya.

 

Sementara itu, anak kelima Azizah, Nur Zatul Athirah, 16, berkata, pembelajaran secara PdPR agak menyukarkan. Katanya, dia payah untuk memahami subjek tertentu terutama Prinsip Perakaunan, Perniagaan dan Sains Sukan yang memerlukan bimbingan secara bersemuka daripada guru-guru.

 

“Sukar untuk fokus di rumah kerana kurang bimbingan jika tidak memahami sesuatu perkara. Perbelanjaan juga bertambah kerana terpaksa mengeluarkan wang untuk mencetak bahan-bahan pembelajaran yang perlu dihantar kepada pengawal keselamatan dua kali seminggu,” katanya.

Sumber : Utusan Melayu

Subscribe Today

GET EXCLUSIVE FULL ACCESS TO PREMIUM CONTENT

SUPPORT NONPROFIT JOURNALISM

EXPERT ANALYSIS OF AND EMERGING TRENDS IN CHILD WELFARE AND JUVENILE JUSTICE

TOPICAL VIDEO WEBINARS

Get unlimited access to our EXCLUSIVE Content and our archive of subscriber stories.

Exclusive content

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme

Latest article

More article

- Advertisement -Newspaper WordPress Theme